Harian Metro

LAPAN BERANAK TERJUN RUMAH

Tindakan nekad jadi penyelamat namun mangsa melecur

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Lapan beranak terpaksa terjun daripada tingkat satu rumah mereka di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 bagi menyelamat­kan diri selepas kediaman itu terbakar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.36 pagi, tujuh daripada mereka dilaporkan melecur antara lima hingga 40 peratus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.36 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dan BBP Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu membabitka­n rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,650 kaki persegi dan terbakar 100 peratus.

“Ketika kejadian difahamkan semua mangsa tidur di tingkat atas rumah dan menurut laporan daripada mangsa, kebakaran berkenaan berpunca dari tingkat bawah.

“Oleh kerana terperangk­ap, semua mangsa terjun daripada tingkat atas kediaman berkenaan untuk menyelamat­kan diri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, rumah berkenaan didiami lapan sekeluarga iaitu pasangan suami isteri dan enam anak mereka berusia empat hingga 17 tahun.

Katanya, pasangan suami isteri dan lima anak mereka mengalami kecederaan dalam kebakaran itu. “Ibu melecur 20 peratus, bapa (5 peratus), anak keempat iaitu kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melecur (40 peratus) manakala anak ke enam iaitu kanak-kanak lelaki berusia empat tahun pula melecur 20 peratus.

“Tiga lagi anak pasangan berkenaan berusia 17 (perempuan), 12 dan 10 tahun (lelaki) melecur lima peratus,” katanya.

Katanya, hanya anak kedua iaitu lelaki berusia 14 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Norazam berkata, semua mangsa di bawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Kebakaran babit rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,650

kaki persegi

 ??  ?? LOKASI kejadian kebakaran
rumah teres di Taman Cahaya Alam Seksyen U12.
LOKASI kejadian kebakaran rumah teres di Taman Cahaya Alam Seksyen U12.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia