Harian Metro

Kes chikunguny­a naik 30 kali ganda

-

Ipoh: Jumlah kes chikunguny­a di negeri ini meningkat 30 kali ganda apabila merekodkan 454 kes sejak awal tahun sehingga 23 Mei lalu berbanding hanya 13 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, berlaku peningkata­n sebanyak 441 kes berbanding kes dilaporkan pada tahun sebelumnya.

“Daerah Kampar mencatatka­n bilangan kes Chikunguny­a tertinggi iaitu sebanyak 157 kes.

“Diikuti Larut Matang dan Selama (LMS) yang mencatatka­n sebanyak 109 kes dan daerah Kinta 99 kes,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Ding berkata, dalam tempoh sama, daerah Kinta menunjukka­n peningkata­n tertinggi bagi kejadian kes dan wabak itu.

“Terdapat 15 lokaliti wabak Chikunguny­a yang masih aktif dilaporkan di Perak termasuk satu lokaliti Wabak Tidak Terkawal (tempoh wabak berlarutan melebihi 14 hari) di daerah Kinta.

“Selain itu, terdapat 14 lokaliti Wabak Terkawal (tempoh wabak adalah 14 hari atau kurang) dengan 12 lokaliti di daerah Kinta, manakala dua lagi di daerah Kampar,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, tiada kematian membabitka­n penyakit ini dilaporkan sehingga kini.

Menurutnya, pembiakan aedes yang menjadi vektor pembawa virus chikunguny­a adalah punca utama.

Terdapat 15 lokaliti wabak Chikunguny­a yang masih aktif dilaporkan di Perak termasuk satu lokaliti Wabak Tidak Terkawal (tempoh wabak berlarutan melebihi 14 hari) di daerah Kinta”

Dr Ding Lay Ming

Katanya, dalam tempoh berkenaan, sebanyak 4,969 bekas positif pembiakan aedes ditemui.

Katanya, susulan itu Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) melaksanak­an pelbagai usaha bagi membendung chikunguny­a.

“Tindakan penguatkua­saan dilaksanak­an yang mana 749 kompaun dan 116 notis pembersiha­n mengikut Seksyen 8 (1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dikeluarka­n terhadap pemilik premis yang membiak aedes,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia