Harian Metro

Tinggal terasing sejak hidap tibi

-

Jelebu: Bimbang menyebarka­n penyakit dihidapiny­a kepada orang lain, seorang lelaki memutuskan untuk tinggal berjauhan daripada penduduk kampung dengan membina sebuah pondok di Kampung Seperi Tengah, Kuala Klawang di sini.

Fikri Abu Bakar, 51, (gambar) berkata, dia sudah tinggal di pondok berkenaan bersama isteri dan anaknya sejak setahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit batuk kering atau tibi.

Menurutnya, biarpun sudah beransur pulih dia masih perlu menjalani pemeriksaa­n di hospital bagi memastikan bebas sepenuhnya daripada penyakit berkenaan.

Bercerita lanjut, Fikri berkata, dia turut menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 sejak lapan bulan lalu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan.

“Malah pihak Baitulmal turut memberi mesin pemotong rumput dan pam racun bagi membolehka­n saya mengambil upah membuat kerja pembersiha­n,” katanya ketika ditemui, semalam.

Fikri berkata, bagi menyara keluargany­a, dia mengambil upah kerja pembinaan, pendawaian elektrik dan pembersiha­n berikutan mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelebu, Azmi Selamat berkata, sebuah rumah akan dibina menerusi peruntukan Parlimen Jelebu di atas tanah berkenaan.

“Kita berharap, tiga beranak berkenaan dapat menjalani kehidupan lebih selesa selepas ini. Kerja awal tapak sudah dimulakan dan rumah berkenaan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh sebulan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi UDA Holdings yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias turut melawat keluarga berkenaan dan meninjau kerja awal pembinaan rumah.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN pondok yang didiami Fikri bersama isteri dan anaknya.
KEADAAN pondok yang didiami Fikri bersama isteri dan anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia