Harian Metro

Perlu pengesahan mahkamah

-

Kuala Lumpur: Pengesahan di mahkamah masih perlu dibuat oleh saksi untuk mana-mana individu yang meninggal dunia sebelum sempat melakukan pendaftara­n memeluk Islam.

Pengarah Pembanguna­n Sosial Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Suhaimi Ismail berkata, secara asasnya, lafaz dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab oleh individu yang berhasrat memeluk Islam dalam keadaan sedar dan tanpa paksaan sudah boleh diakui sebagai Islam.

Namun, jelas beliau, ia perlu disusuli proses seterusnya seperti melengkapk­an borang disertai gambar di majlis agama bagi tujuan pendaftara­n.

Bagaimanap­un, jika individu terbabit tidak sempat meneruskan proses itu disebabkan keadaan tertentu termasukla­h meninggal dunia, pengesahan di mahkamah perlu dibuat.

“Walaupun semua waris mungkin tiada masalah dengan keputusan itu, namun kita masih perlu dapatkan pengesahan mahkamah juga untuk tujuan rekod dengan saksi utama adalah orang yang mensyahada­hkan arwah,” katanya kepada Harian Metro, ketika dihubungi, semalam.

Menjelas lanjut, Suhaimi

berkata, seperti mana sedia maklum, sesiapa yang memeluk Islam diumpamaka­n seperti bayi yang bersih daripada dosa sebaik saja dua kalimah syahadah selesai dilafazkan.

“Jika benar dia melafaz dua kalimah syahadah dengan suci hati sebelum meninggal dunia, pasti ada hikmah Allah di sebalik perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberikan pandangan mengenai pengalaman Datuk Zulkarnain Mustapa, 55, yang menguruska­n pengebumia­n

Tan Foo Hock yang difahamkan melafaz dua kalimah syahadah sehari sebelum meninggal dunia.

Menurut Zulkarnain, dia adalah jiran kepada Suzie Tan Eng Lian, 59, adik kepada Foo Hock di mana Foo Hock meninggal dunia di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, pagi Rabu lalu.

Zulkarnain berkata, dia antara individu terawal sampai di rumah Suzie selepas mengetahui ada kematian sebelum membantu menguruska­n jenazah Foo Hock.

“Pengalaman paling indah saya lalui sepanjang menguruska­n mayat. Jenazah arwah sangat lembut dan ringan, mukanya terlalu berseri, sukar saya nak gambarkan bagaimana sucinya arwah kelihatan.

“Urusan pengebumia­n juga sangat dipermudah­kan dengan cuaca yang redup dan cepat selesai,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMED Khairi (kiri) bersama abangnya, Foo Hock.
MOHAMMED Khairi (kiri) bersama abangnya, Foo Hock.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia