Harian Metro

‘Saya katak yang baik’

-

Kuching: Bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian menyifatka­n dirinya sebagai ‘katak yang baik’ apabila mengesahka­n menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB), semalam.

Beliau yang sebelum ini Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak turut menyifatka­n, mereka yang keluar daripada parti berkenaan adalah ‘katak yang bijak’.

Justeru katanya, beliau tidak kisah jika ada yang menggelarn­ya sebagai ‘katak’ kerana kerap bertukar parti sejak menyertai politik pada 1987.

“Biarlah orang hendak kata apa mengenai saya, tetapi mereka harus faham maksud ‘katak’ dalam politik.

“Kita terpaksa bertukar parti disebabkan pelbagai faktor, antaranya perubahan yang berlaku dalam parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perasaanny­a jika ada yang menggelarn­ya sebagai ‘katak’ seperti yang biasa berlaku kepada mana-mana ahli politik yang melompat parti.

Baru bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, See Chee How mengadakan sidang media bersama Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh bagi mengesahka­n penyertaan mereka dalam parti itu, semalam.

Baru menceburi politik pada 1987 dengan menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dengan jawatan terakhir sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu pada 2003.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ba’kelalan 2004 susulan kematian Adun kawasan itu, Dr Judson Sakai Tagal

yang terkorban dalam nahas helikopter, Baru bertanding sebagai calon Bebas namun tewas.

Pilihan Raya Negeri 2006, beliau menyertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan bertanding di Dun Ba’kelalan namun sekali lagi tewas.

Pada 2008, beliau menyertai PKR hingga dipecat daripada parti itu pada awal Mac lalu.

Baru berkata, selepas meninggalk­an PKR, lebih 80 peratus bekas ahli parti itu di Sarawak mengikuti jejaknya menyertai PSB namun beliau tidak menyatakan angka yang tepat mengenainy­a.

Mengenai kemungkina­n beliau antara 129 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong Tun Dr Mahathir untuk membentuk kerajaan baharu, Baru berkata, beliau sememangny­a penyokong kuat bekas Perdana Menteri itu.

Kita terpaksa bertukar parti

disebabkan pelbagai faktor

Baru Bian

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia