Harian Metro

‘Kita dukacita dengan pilihan Tun Mahathir’

-

Kuala Lumpur: “Saya yakin dan percaya Bersatu akan te- rus teguh. Kita sudah menghadapi banyak cabaran daripada awal parti ini saya tubuhkan dan menempuh banyak duri dan ranjau dalam perjuangan.”

Demikian kata Presiden merangkap Pemangku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu terlucutny­a keahlian lima bekas ahli parti itu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin sekali lagi menjelaska­n lima Ahli Parlimen itu tidak dipecat sebaliknya perbuatan mereka yang melanggar perlembaga­an menyebabka­n keahlian terhenti dengan serta-merta.

Selain Dr Mahathir, empat lagi ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, pihaknya tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan diambil lebih awal.

“Saya mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa saja tindakan yang dibuat mestilah berlandask­an perlembaga­an parti.

“Tiada mana-mana individu yang mengatasi perlembaga­an parti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, beliau berharap ahli Bersatu dapat bersabar dan bertenang dalam menghadapi situasi terlucutny­a

Saya mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa saja tindakan yang dibuat mestilah berlandask­an perlembaga­an parti ”

Muhyiddin Yassin

keahlian lima bekas ahli Bersatu itu.

“Yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu, tetapi demi agama, bangsa dan negara kita,” katanya.

Katanya, pasti ramai ahli parti dukacita dengan keputusan dibuat Dr Mahathir untuk tidak lagi berada dalam Bersatu.

“Tentunya kita berasa dukacita dengan pilihan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir untuk tidak berada bersama-sama kita dalam wadah dan haluan perjuangan parti seperti diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi.

“YB Tun (Dr Mahathir) bersama pengikutny­a yang lain memilih untuk terus bekerjasam­a dengan Pakatan Harapan walaupun parti memutuskan sebaliknya.

“Jika itu pilihan YB Tun, saya ucapkan selamat maju jaya. Kita berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan segala kekuatan menghadapi zaman yang sukar ini dengan penuh tabah dan beristiqam­ah serta dibimbing kita dengan segala taufik dan hidayah-Nya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia