Harian Metro

Kesalahan Terindah bukan kisah peribadi

-

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 36, menafikan lagu baharu ciptaannya berjudul Kesalahan Terindah ada kaitan dengan kisah peribadi sendiri.

Nana berkata, ilham lagu itu dihasilkan secara rawak dan tidak ada kena-mengena langsung dengan dirinya. Ujarnya, dia banyak dapat idea daripada drama ditonton.

“Apapun, lagu Kesalahan Terindah ini saya hasilkan kerana permintaan peminat. Saya pun tidak meletakkan harapan tinggi untuk lagu Kesalahan Terindah ini popular.

“Cukup sekadar peminat suka, saya sudah sangat bersyukur. Apatah lagi, saya lancarkan lagu Kesalahan Terindah di YouTube pun kerana memenuhi permintaan peminat,” katanya.

Sebelum ini, menerusi dua lagu ciptaannya iaitu Terus Mencintai dan Hatiku Milikmu dikatakan ada kaitan dengan kisah peribadi lalunya yang begitu mendapat perhatian ramai.

Sejak dua minggu lalu dimuat naik di YouTube, lagu Kesalahan Terindah sudah mencatat lebih 250,000 tontonan dengan lebih 3,000 komen dikongsika­n pelayar yang rata-rata meminati karya terbaharu Nana itu.

Mengulas juga kerjaya lakonan pula, Nana berkata dia masih mendapat tawaran untuk watak utama.

Ujarnya, pada usia kini dia terima watak ‘heroin drama’ untuk watak sesuai.

“Saya sedar umur makin meningkat dan watak utama diterima pun biasanya akan diteliti dahulu. Saya akan pastikan, watak itu betul-betul sesuai.

“Apapun, saya akan pastikan tidak melakonkan babak sentuhan dan terlalu rapat dengan rakan pelakon lelaki yang bekerjasam­a. Ada batas perlu dijaga,” katanya.

Mengulas juga mengenai arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk penggambar­an drama, Nana berkata, dia tidak ada masalah untuk mengikut arahan daripada kerajaan itu.

Ujarnya, dia terima dengan hati terbuka berikutan faktor keselamata­n dan kesihatan perlu dijaga kerana negara masih lagi belum bebas daripada cengkaman wabak Covid-19.

“Cukup sekadar peminat suka, saya sudah

sangat bersyukur.

Nana

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia