Harian Metro

PESAKIT KONGSI KATIL

Hospital Mumbai sesak dengan mangsa Covid-19

-

Mayat dibiarkan tanpa diberi perhatian di wad hospital dan pesakit diminta tidur di lantai sehingga ada kekosongan katil.

Lebih menyedihka­n seorang wanita yang mengalami kecederaan otak meninggal dunia kerana pihak hospital enggan merawatnya sehingga ahli keluarga dapat membuktika­nnya bebas daripada jangkitan Covid-19.

The Guardian melaporkan,di wad kecemasan Hospital Sion di sini, dua pesakit perlu berkongsi katil.

Pesakit dengan gejala jangkitan Covid-19 dilaporkan perlu menggunaka­n tangki oksigen sama.

Mumbai, bandar yang menempatka­n 20 juta penduduk menerima kes Covid-19 sejak beberapa minggu lalu namun,jumlah pesakit yang terlalu ramai serta sistem kesihatan yang memang teruk menambah kesengsara­an petugas perubatan.

Doktor dan jururawat juga dilaporkan dijangkiti virus berkenaan menyebabka­n hospital di bandar itu kini kekurangan tenaga kerja.

Manish Shetty, doktor yang bertugas di wad Covid-19 di hospital Guru Nanak mendakwa kakitangan perubatan keletihan mengendali­kan pesakit.

“Risiko jangkitan dalam kalangan kami tinggi dan lebih membimbang­kan jumlah katil di unit rawatan rapi tidak mencukupi,” katanya.

Disebabkan kekurangan sumber, khidmat penjagaan kesihatan tidak lagi diberikan kepada pesakit yang tidak dijangkiti Covid-19.

Doktor di sebuah hospital pemerintah, Hospital Memorial King Edward, Dr Saad

Ahmed berkata, pihaknya membuka wad baharu setiap hari, tetapi tetap dipenuhi pesakit Covid-19.

“Semua wad menjadi wad Covid-19 dan penuh," katanya.

Sementara itu, pakar di hospital swasta, Vikas Oswal berkata, situasi buruk juga dilihat di Hospital Shatabdi milik kerajaan negeri.

“Pesakit kritikal berdepan kesukaran mendapatka­n tempat tidur di mana-mana hospital di Mumbai. Ia memerlukan 12 hingga 16 jam untuk mencari katil kosong kerana ia segera diisi pesakit seterusnya dalam senarai menunggu,” katanya.

Mumbai kini menjadi pusat wabak Covid-19 di India yang mewakili satu perempat daripada lebih 4,700 kematian dan satu perlima daripada lebih 165,000 kes jangkitan di India.

 ??  ?? PENDUDUK kawasan setinggan di Mumbai menanti giliran menjalani ujian saringan Covid-19.
PENDUDUK kawasan setinggan di Mumbai menanti giliran menjalani ujian saringan Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia