Harian Metro

Cipta ventilator daripada motor kereta

-

Kabul: Sepasukan remaja perempuan dari Afghanista­n mencuri tumpuan dunia selepas mencipta mesin ventilator daripada bahagian kereta khas untuk pesakit Covid-19 di negara itu.

BBC News melaporkan, remaja itu, Nahid Rahimi, 17, bersama pasukannya menjadi tajuk utama berita pada 2017 apabila memenangi anugerah khas pada pertanding­an antarabang­sa di Amerika Syarikat.

Pasukan itu kini menyiapkan mesin ventilator untuk kegunaan hospital yang lebih murah berbanding harga pasaran.

Afghanista­n yang mengalami perang bertahun-tahun hanya ada 400 ventilator untuk 38.9 juta penduduk.

Afghanista­n mencatatka­n 7,650 kes positif Covid-19 dengan 178 kematian dan pihak berkuasa bimbang keadaan itu bertambah teruk dengan sistem penjagaan kesihatan yang tidak dapat menampung limpahan pesakit.

“Usaha ini penting walaupun hanya dapat menyelamat­kan satu nyawa,” kata Nahid kepada BBC.

Dikenali sebagai Afghan Dreamers, gadis itu berasal dari wilayah barat Herat, di mana kes pertama Covid-19 dilaporkan di Afghanista­n.

Ia juga lokasi utama dikesan pandemik itu kerana jaraknya berhampira­n Iran, pusat wabak wilayah itu.

Pasukan berusia antara 14 hingga 17 tahun itu membina prototaip menggunaka­n motor dari Toyota Corolla terpakai dan rantai memandu dari motosikal Honda.

Ventilator itu didakwa memberi kelegaan kepada pesakit yang mengalami masalah pernafasan dalam keadaan darurat apabila tiada ventilator standard.

Mereka membina peranti yang sangat diperlukan itu dengan harga kurang dari $600 (RM2,600) setiap satu.

 ??  ?? SEPASUKAN remaja perempuan dari Afghanista­n mencipta ventilator daripada bahagian kereta untuk pesakit Covid-19.
SEPASUKAN remaja perempuan dari Afghanista­n mencipta ventilator daripada bahagian kereta untuk pesakit Covid-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia