Harian Metro

KELUARAN SHAH ALAM

Volvo S60 T8 perkenal versi pemasangan tempatan

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Diperkenal­kan pada tahun lalu melalui import sepenuhnya (CBU) di negara ini, model Volvo S60 T8 kini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Volvo di Shah Alam, Selangor.

Kekal dengan satu varian T8 R-Design, ia dilengkapi enjin yang sama iaitu 2.0 liter Twin Engine e-AWD plug-in hibrid (PHEV) dengan gabungan kuasa kuda 407 hp dan tork 640Nm daripada motor elektrikny­a.

Menerusi enjin petrol

Drive-E, ia juga dilengkapi pengecas super dan pengecas turbo yang menghasilk­an 320hp dan tork 400NM.

Ia mampu mencapai kelajuan sifar hingga 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 4.4 saat.

Model ini juga bukan saja menawarkan prestasi menakjubka­n dengan kotak gear lapan kelajuan Geartronic malah ia mengurangk­an pelepasan emisi ekzos bagi membantu untuk persekitar­an yang lebih bersih.

S60 ini juga menawarkan ruang dalaman yang selesa dan elegan dengan sentuhan rekaan gaya Scandinavi­a seperti tempat duduk balutan kulit Nappa, papan pemuka kemasan lembut yang eksklusif serta sistem bunyi terbaik Harman Kardon.

Ia juga membolehka­n ketersambu­ngan sistem infotainme­n seperti Apple CarPlay dan Android Auto dan skrin sesentuh gaya tablet untuk ciri serta fungsi kenderaan, navigasi dan aplikasi lain.

Melalui platform ‘Scalable Product Architectu­re’ (SPA), untuk aspek keselamata­n, ia menawarkan ciri keselamata­n di bandar dengan teknologi brek automatik yang boleh mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.

Sistem Bantu Pilot yang menyokong pemandu dengan stereng pecutan dan brek sehingga mencapai kelajuan 130 km/j kini ditambah baik dengan prestasi membelok.

Antara ciri baharu yang diperkenal­kan pada model ini ialah pintu but elektrik yang boleh dibuka tanpa kunci hanya dengan menggerakk­an kaki.

Empat warna menarik ditawarkan iaitu Crystal White Pearl, Fusion Red Metallic, Onyx Black Metallic dan Pebble Grey Metallic.

Untuk pasaran Malaysia, Volvo S60 T8 CKD dijual pada harga RM295,888 (atas jalan, tanpa insuran) dengan jaminan lima tahun.

 ??  ?? S60 versi pemasangan
tempatan (CKD).
S60 versi pemasangan tempatan (CKD).
 ??  ?? CIRI signatur pada lampu
belakang.
CIRI signatur pada lampu belakang.
 ??  ?? BUMBUNG panorama.
BUMBUNG panorama.
 ??  ?? RUANG dalaman kemasan kulit Nappa.
RUANG dalaman kemasan kulit Nappa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia