Harian Metro

RUANG FLEKSIBEL

Kia Grand Carnival Baharu dengan ciri terkini

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Kia Grand Carnival Baharu diperkenal­kan dengan ciri terkini sebagai model permulaan untuk segmen Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) premium.

Dilancarka­n oleh Naza Kia Malaysia sebagai pengedar utama jenama itu di negara ini selain kemasan rekaan yang menarik, ia juga menawarkan pengalaman pemanduan yang menakjubka­n dan ruang dalaman kabin luas.

Ia kini ditawarkan dengan ruang dalaman yang fleksibel seterusnya menjadi laras baharu untuk segmen MPV di negara ini dengan tempat duduk yang boleh memuatkan sama ada untuk 6, 7, 8 atau 11 penumpang.

Grand Carnival Baharu dengan enjin 2.2 liter TCI diesel menjana kuasa

200PS pada 3,800rpm dan tork maksimum 440Nm daripada 1,750rpm dengan transmisi lapan kelajuan automatik.

Selain itu, untuk tampil eksklusif, ia kini ditawarkan dengan lampu hadapan projektor dan lampu kabus halogen projektor yang kini turut menampilka­n pintu gelongsor kuasa elektrik pada kedua bahagian yang boleh dibuka secara manual atau elektronik.

Untuk menyeimban­gi keselesaan, ia dipadankan dengan rim aloi 18 inci perak bersaiz 235/60 untuk kelancaran dan cengkaman lebih baik pada permukaan jalan raya.

Ciri lain yang terdapat pada model ini antaranya kluster meter LCD bersaiz 3.5 meter dan antena sirip jerung, rak bumbung baharu, tingkap automatik dengan kunci keselamata­n dan skrin sesentuh ‘human-machine interface’ yang memuatkan Apple CarPlay dan Android Auto.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu Snow White Pearl, Silky Silver,

Aurora Black Pearl dan Panthera Metal.

Untuk pasaran

Malaysia, Grand Carnival Baharu dijual pada harga RM179,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun jaminan pengeluar.

 ??  ?? KIA Grand Carnival baharu dengan ciri
terkini.
KIA Grand Carnival baharu dengan ciri terkini.
 ??  ??
 ??  ?? RUANGAN dalaman fleksibel.
PANEL meter
pelbagai maklumat.
RUANGAN dalaman fleksibel. PANEL meter pelbagai maklumat.
 ??  ?? KERUSI mudah laras.
KERUSI mudah laras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia