Harian Metro

BERGETAR BIBIR PANDANG TELAGA WARNA

Kawasan takungan menyerupai tasik terbentuk disebabkan faktor semula jadi di kawasan gunung berapi

-

Kami berkesempa­tan menjengah Telaga Warna dari puncak bukit dan berpeluang merakam foto menarik.

Walaupun mendebarka­n kerana mahu hasilkan rakaman terbaik, pengunjung perlu berdiri di permukaan batu di pinggir bukit dan sebenarnya ia berisiko.

Bergetar juga bibir apabila membuang pandangan ke Telaga Warna yang lebih menyerupai tasik terbentuk disebabkan faktor semula jadi di kawasan gunung berapi itu.

Tarikan itu sudah boleh difahami menerusi namanya iaitu air telaga atau kawasan takungan itu berubah warna antaranya hijau, kuning dan biru.

Menurut warga tempatan dan pemandu pelancong Trans.Mountain, Indra memaklumka­n ia berubah warna disebabkan cuaca, waktu dan kedudukan ketika melihatnya. Faktor lain disebabkan kandungan belerang atau sulfur di permukaan telaga apabila terbias cahaya matahari.

Selain itu, lokasi lain boleh dikunjungi ialah Bukit Sikunir di Desa Sembungan iaitu desa tertinggi di Jawa Tengah.

Bukit Sikunir berada pada ketinggian 2,350 meter dari paras laut menjadi ‘port’ kegemaran pemburu matahari terbit kerana sinaran warna matahari yang kekuningan seperti kunir atau kunyit membuat masyarakat setempat menamainya sikunir. Kunir adalah bahasa Jawa untuk kunyit.

Meskipun tidak berpeluang menyertai pendakian ke bukit berkenaan disebabkan kepenatan sebelumnya, Indra sempat kongsikan foto menarik bersama kumpulan rombongan yang lain.

Mengenai juadah tempatan, semestinya bersarapan dengan kopinya yang sedap.

Penulis bukanlah penggemar kopi, tetapi ‘selera’ bertukar kerana pada suhu setiap pagi kirakira 14 hingga 10 darjah Celsius membuatkan minuman itu paling enak sebagai pembuka selera pagi.

Tidak lupa selain berkesempa­tan menghadiri konsert pada malamnya, keseronoka­n adalah ketika aktiviti melepaskan ‘lempion’ atau tanglung ke udara sebaik jarum menunjukka­n jam 12 tengah malam. Ia memberi suasana malam cukup indah sekali gus menutup siri lawatan ke daerah cukup unik itu.

 ??  ?? 1.CABARANbua­t yang gayat apabila bergambar di pinggir puncak untuk rakam bersama Telaga Warna.
2. PEMANDANGA­N Bukit Sikunir dikongsi Indra.
3. MELEPASKAN lempion.
4. KONSERT disediakan untuk menghiburk­an pengunjung. 5. UPACARA ‘potong gombak’ iaitu memotong rambut gimbal.
6. CANDI Arjuna antara binaan sejarah dan ikonik di Dieng.
7. KOPI minuman mesti dicuba pengunjung.
8. PENULIS (tiga dari kiri) bersama kenalan dan rakan rombongan dari Indonesia.
1
2
3
4
5
6
7
8
1.CABARANbua­t yang gayat apabila bergambar di pinggir puncak untuk rakam bersama Telaga Warna. 2. PEMANDANGA­N Bukit Sikunir dikongsi Indra. 3. MELEPASKAN lempion. 4. KONSERT disediakan untuk menghiburk­an pengunjung. 5. UPACARA ‘potong gombak’ iaitu memotong rambut gimbal. 6. CANDI Arjuna antara binaan sejarah dan ikonik di Dieng. 7. KOPI minuman mesti dicuba pengunjung. 8. PENULIS (tiga dari kiri) bersama kenalan dan rakan rombongan dari Indonesia. 1 2 3 4 5 6 7 8

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia