Harian Metro

ALAMAK BERDARAH!

Pendarahan lubang dubur memang menggerunk­an. Fahami empat sebab utama ia berlaku

- Oleh Dr Luqman Mazlan Pakar Bedah Kolorektal, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL)

Pendarahan lubang dubur adalah pengalaman yang sangat menggerunk­an untuk sesiapa sahaja.

Ia bukan saja boleh berlaku apabila seseorang itu membuang air besar, tetapi boleh juga pada bila-bila masa sahaja.

Terdapat banyak sebab pendarahan boleh berlaku dan minggu ini saya akan membincang­kan punca pendarahan yang selalu dihadapi pesakit.

Sebelum itu, saya ingin menerangka­n semula anatomi usus besar dan dubur.

Saluran pemakanan manusia bermula dari mulut.

Makanan yang dikunyah dan ditelan akan memasuki esofagus dan kemudian masuk ke perut.

Di bahagian perut, makanan dicernakan oleh asid dan enzim sebelum ditolak ke dalam usus kecil yang panjangnya lebih kurang enam meter.

Dari situ, makanan akan ke usus besar

atau kolon di mana kebanyakan air dalam usus diserap balik.

Hasilnya adalah najis yang dikeluarka­n ke penghujung kolon. Bahagian penghujung ini dikenali sebagai rektum. Di situlah najis terkumpul sebelum di buang keluar dari lubang dubur.

Pendarahan yang keluar dari lubang dubur boleh berpunca dari mana-mana bahagian saluran pemakanan.

Bagaimanap­un, bahagian usus yang sering berlaku pendarahan adalah kolon dan rektum disebabkan oleh penyakit diverticul­a, kanser, buasir dan fissure.

Mari kita bincang setiap penyakit diatas dengan lebih mendalam.

1. Penyakit diverticul­a usus besar

Penyakit ini disebabkan oleh kelemahan dinding usus yang menyebabka­n lapisan dalaman usus menghulur keluar ke permukaan sebagai satu bonjolan.

Faktor menyebabka­n penyakit ini terjadi adalah kerana najis keras dan umur yang lanjut. Sebanyak 70 peratus individu berumur lebih dari 70 tahun mengalami penyakit ini namun kebanyakan orang tidak akan ada apa-apa gejala.

Hanya lebih kurang 30 peratus orang akan mengalami komplikasi penyakit ini iaitu pendarahan dubur dan kesakitan di perut.

Kebanyakan pesakit hanya memerlukan rawatan ubat manakala pembedahan usus hanya dilakukan dalam keadaan kecemasan membabitka­n pendarahan yang banyak atau kebocoran usus.

Penyakit ini boleh dikurangka­n dengan memastikan pemakanan serat yang secukupnya setiap hari.

2. Kanser kolon dan rektum

Kanser di kolon dan rektum adalah kanser yang paling banyak berlaku dalam kalangan lelaki dan kedua bagi wanita. Di Malaysia, bilangan pesakit yang mengalami penyakit ini semakin meningkat.

Punca sebenarnya penyakit ini masih belum diketahui sepenuhnya, tetapi kaitan yang kuat diperhatik­an antara insiden kanser ini dengan cara pemakanan yang lebih banyak daging merah dan yang berlemak serta kecenderun­gan genetik individu tersebut.

Kanser ini boleh menyebabka­n pendarahan teruk dan sering kali pesakit akan menyedari penukaran tabiat membuang air besar untuk beberapa minggu atau bulan.

Strategi yang paling berkesan adalah untuk mengesan kanser ini pada tahap awal sebelum ia menjadi teruk atau merebak.

Ini boleh dilakukan dengan menjalani ujian kolonoskop­i atau ujian najis fecal occult blood.

Selepas ia dikesan, rawatannya membabitka­n pembedahan, kemoterapi dan kadangkala radioterap­i jika kanser tersebut di rektum.

3. Buasir

Buasir terdiri daripada saluran darah berhampira­n dubur. Ia memainkan peranan dalam pengawalan otot dubur semasa proses pembuangan air besar. Penyakit ini mula terjadi apabila buasir membengkak dan menjadi besar. Pembesaran ini boleh disebabkan beberapa faktor termasuk sembelit, cirit-birit dan kehamilan.

Pesakit yang mengalami gejala ini bukan sahaja ada pendarahan, malah juga boleh mengalami kesakitan, gatal dan bengkak di bahagian dubur.

Rawatannya membabitka­n ubatubatan dan jika tidak berkesan, pembedahan perlu dilakukan. Terdapat banyak jenis pembedahan termasuk yang menggunaka­n stapler atau laser dan bergantung kepada saiz dan keparahan buasir.

4.Fissure

Fissure adalah luka di bahagian lubang dubur yang menyebabka­n pendarahan dan kesakitan yang kuat setiap kali membuang air besar.

Ia boleh disebabkan oleh beberapa penyakit termasuk kanser rektum dan penyakit kerandanga­n usus atau inflammato­ry bowel disease.

Bagaimanap­un, sebab utama penyakit ini terjadi adalah kerana otot pintu lubang dubur menjadi terlalu ketat dan apabila najis keluar, ia menyebabka­n lubang dubur terkoyak.

Rawatan penyakit ini juga kadang kala memerlukan pembedahan kecil untuk melonggark­an sedikit otot pintu dubur supaya luka itu tidak terjadi.

Tidak kira apa juga punca pendarahan, pesakit perlu berjumpa doktor jika gejala ini berlaku. Ini kerana pemeriksaa­n terperinci perlu dilakukan oleh doktor untuk memastikan punca pendarahan tidak berulang dan tiada penyakit kanser kolorektal. Ujian usus kolonoskop­i juga perlu dilakukan kepada hampir semua pesakit yang mengalami pendarahan dari dubur khasnya golongan berumur lebih daripada 50 tahun.

Akhir sekali, punca pendarahan dari dubur adalah banyak dan pesakit perlu mengambil berat gejala ini selain mendapatka­n rawatan secepat mungkin untuk mengesan dan mencegah penyakit yang parah.

ADA empat sebab utama kepada

kejadian dubur berdarah

DR LUQMAN MAZLAN

 ??  ??
 ??  ?? TERDAPAT banyak sebab untuk pendarahan dari dubur. Jalani pemeriksaa­n perubatan untuk kepastian.
TERDAPAT banyak sebab untuk pendarahan dari dubur. Jalani pemeriksaa­n perubatan untuk kepastian.
 ??  ?? PEMERIKSAA­N awal pendarahan dubur dapat mengelakka­n komplikasi lebih tenat pada kemudian hari.
PEMERIKSAA­N awal pendarahan dubur dapat mengelakka­n komplikasi lebih tenat pada kemudian hari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia