Harian Metro

ADA TAK KENA BILA KERAP SENDAWA

Makan secara tenang, elak makanan dan minuman hasilkan banyak angin

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Penulis mempunyai pengalaman berhadapan individu yang kerap sendawa meskipun dia bukannya kekenyanga­n selepas makan.

Mereka yang mengalami masalah ini dinasihati tidak ambil mudah perkara ini kerana sendawa yang berpanjang­an gejala kepada penyakit serius.

Pakar Bedah Am dan Kolorektal MSU Medical Centre, Dr Mohd Zailani Mat Hassan berkata, sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluark­an angin atau gas daripada perut atau sistem penghadama­n bagi mengurangk­an rasa tidak selesa.

Menurutnya, punca berlaku sendawa boleh dikategori­kan kepada dua iaitu masalah kesihatan dan bukan masalah kesihatan.

“Masalah kesihatan ini dikaitkan dengan gejala pedih hulu hati atau ‘gastro-esophageal reflux disease’ (GERD).

“GERD ialah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut),” katanya.

Beliau berkata, sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama, dinding esofagus akan terdedah kepada keadaan yang dinamakan ‘barrett’s oesophagus’.

“Barrett’s eosophagus ialah perubahan sel dinding esofagus yang akan menyebabka­n penyakit barah pada masa akan datang.

“Malah keadaan ini boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat dengan segera,” katanya.

Dr Mohd Zailani berkata, masalah kesihatan lain yang dikaitkan dengan sendawa ketika perut kosong ialah gastrik, ulser perut, jangkitan bakteria helikobakt­er pylorii pada perut (menyebabka­n penyakit radang perut).

“Selain itu, ia juga menyebabka­n masalah batu karang dalam hempedu dan intolerans­i laktosa (tidak berupaya menghadam laktosa),” katanya.

Kajian menunjukka­n individu normal boleh mengalami sendawa sehingga 30 kali dalam sehari.

Katanya, rawatan yang diberikan bergantung kepada masalah sendawa dialami pesakit.

“Sendawa yang biasa tidak memerlukan apaapa rawatan spesifik. Sebaliknya, jika gejala ini berterusan dengan sendawa kerap dalam tempoh seminggu, rawatan lanjut perlu dilakukan.

“Proses rawatan perlu dimulakan dengan beberapa ujian seperti ujian darah, ujian ultrabunyi dan ujian ‘oesophago gastro duodenosco­py’ (OGDS) iaitu prosedur pemeriksaa­n pada bahagian atas salur pemakanan pesakit.

“Ujian ini untuk memastikan pesakit tidak mengalami sebarang masalah kesihatan,” katanya.

Namun, Dr Mohd Zailani berkata, jika semua ujian klinikal mendapati pesakit mempunyai satu daripada masalah kesihatan berkenaan, rawatan diberikan adalah lebih kepada ubat-ubatan seperti ‘proton pump inhibitor’.

Jelasnya, selain ubat-ubatan, pesakit turut dinasihati supaya mengubah cara pemakanan termasuk mengelak makanan yang menggalakk­an penghasila­n banyak gas atau angin dalam perut.

Katanya, ada dua cara untuk mengelakka­n masalah kerap sendawa semasa perut kosong iaitu mengubah cara pemakanan.

“Antaranya ialah makan secara tenang dan kurangkan bercakap semasa makan, jangan makan dalam kuantiti yang banyak atau membiarkan perut terlalu lapar.

“Cara kedua pula adalah mengelakka­n makanan dan minuman yang menghasilk­an banyak angin atau gas termasuk makanan yang terlalu masam atau pedas,” katanya.

Kata Dr Mohd

Zailani, sendawa adalah mekanisma semula jadi yang dilakukan oleh badan manusia untuk mengeluark­an angin atau gas yang berlebihan.

“Sekiranya proses itu dihalang dengan amalan menahan sendawa, maka angin atau gas itu akan terkumpul di dalam badan.

“Ini boleh menyebabka­n gangguan kepada proses penghadama­n. Seterusnya, pesakit akan mengalami gejala seperti kembung perut, cepat kenyang atau susah bernafas.

“Setakat ini tiada statistik yang menunjukka­n tindakan menahan sendawa dapat merendahka­n risiko mendapat penyakit berbahaya,” katanya.

PUNCA SENDAWA BUKAN DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN

a. Udara yang ditelan semasa makan (aerofagia)

-Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh berlaku ketika makan atau minum dengan secara cepat. Aerofagia juga boleh berlaku ketika:

i. Makan sambil bercakap

ii. Memakan gula getah iii.Merokok iv. Mengalami masalah serangan kebimbanga­n

v.Menggunaka­n gigi palsu yang longgar

b. Makanan dan minuman yang menyebabka­n sendawa: i. Kekacang ii. Kacang iii. Brokoli iv. Bunga kobis v. Pisang vi. Kobis vii. Bawang viii. Roti gandum ix.Minuman berkarbona­t

x.Minuman beralkohol

xi.Minuman tinggi kafein c. Ubat-ubatan: i.Ubat tahan sakit daripada kategori ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti naproxen, ibuprofen, aspirin, asid mefenamik.

ii.Ubat sembelit seperti laktulosa atau sorbitol.

 ??  ?? SENDAWA berpanjang­an adalah gejala penyakit serius.
SENDAWA berpanjang­an adalah gejala penyakit serius.
 ??  ??
 ??  ?? ANGIN yang banyak
dalam perut membuatkan rasa
tidak selesa.
ANGIN yang banyak dalam perut membuatkan rasa tidak selesa.
 ??  ?? DR Mohd Zailani
DR Mohd Zailani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia