Harian Metro

NEKAD JUAL KUDA KESAYANGAN MURID

PKP paksa Pondok Moden Darul Solah cari dana tampung kos pengurusan

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

“Kami terpaksa jual kuda yang diberi nama Lizaz kerana perlukan wang untuk kegunaan pondok.

“Syukur kerana ia akhirnya dibeli individu prihatin,” kata Mudir Pondok Moden Darul Solah, Ustaz Mahfuz Roslan berhubung tular mesej penjualan kuda di beberapa laman sosial beberapa hari lalu.

Menurut Ustaz Mahfuz, kuda berkenaan yang berusia tujuh tahun dinamakan Lizaz sempena nama kuda Rasulullah SAW.

Katanya, kuda berkenaan sudah lebih setahun dibela dan ramai pelajar yang sedih apabila haiwan berkenaan dijual.

“Lizaz digunakan tenaga pengajar selain pelajar untuk menjalani aktiviti kokurikulu­m iaitu mempelajar­i sukan sunah seperti menunggang kuda dan memanah.

“Namun, akibat masalah kewangan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami tidak mampu untuk menanggung kos berkaitan Lizaz, jadi kami ambil keputusan menjualnya dan wang diperoleh boleh digunakan untuk kos pengurusan,” katanya.

Menurut Ustaz Mahfuz, Lizaz dijual pada harga yang munasabah dan wang jualan digunakan untuk menampung perbelanja­an harian serta kos bulanan pondok berkenaan.

“Bagaimanap­un, apabila keadaan kembali stabil, saya merancang mencari dana bagi membeli kuda lain bagi meneruskan aktiviti kokurikulu­m di sini,” katanya.

Ustaz Mahfuz berkata, pondok berkenaan memerlukan dana sekitar RM10,000 sebulan dan sejak PKP, dana diperoleh merosot, malah gaji tenaga pengajar juga dibayar dengan apa yang ada saja.

“Alhamdulil­lah, tenaga pengajar memahami keadaan kami. Saya tetap membayar gaji guru, namun ia sekadar yang kami mampu.

“Sebelum ini, pendapatan banyak disumbang hasil wang ceramah saya di masjid atau surau, tetapi sejak PKP, ia merosot,” katanya.

Bagaimanap­un, Ustaz Mahfuz tetap bersyukur kerana masih ada individu yang terus menyumbang untuk pondok berkenaan.

Sumbangan untuk Pondok

Moden Darul Solah boleh dibuat menerusi akaun Maybank di 5550 4130 6151 atau akaun CIMB di 8603 2167 98.

“Pondok ini dibina lima tahun lalu dan proses pembinaann­ya masih berjalan sedikit demi sedikit. Pondok ini kini menempatka­n 30 pelajar.

“Alhamdulil­lah, sumbangan masih berterusan, walaupun jumlahnya tidak banyak, kami tetap bersyukur.

“Kini, saya cuba memperoleh dana menerusi kuliah secara dalam talian dan melaluinya, penganjur memberi sumbangan untuk kegunaan pondok serta pembayaran gaji guru,” katanya.

Akibat masalah kewangan, kami

tidak mampu menanggung kos berkaitan Lizaz

Ustaz Mahfuz

 ??  ??
 ??  ?? LIZAZ dijual pada harga
yang munasabah.
LIZAZ dijual pada harga yang munasabah.
 ??  ?? PROSES pembinaan pondok masih berjalan sedikit demi sedikit.
PROSES pembinaan pondok masih berjalan sedikit demi sedikit.
 ??  ?? SUKAN sunah seperti memanah diterapkan kepada pelajar di pondok.
SUKAN sunah seperti memanah diterapkan kepada pelajar di pondok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia