Harian Metro

TERKEJUT TELEFON DICAJ BERASAP PUTIH

-

Kuala Lumpur: Murah namun umpama bom jangka.

Itu bahaya dihadapi pengguna yang gemar menukar alat ganti tiruan terutamany­a untuk peranti mudah alih mereka malah mereka berdepan dengan risiko yang boleh meragut harta benda selain nyawa.

Peranti yang menggunaka­n alat ganti tiruan terutamany­a bateri berdepan dengan risiko seperti terbakar ketika dicas.

Malah, paling menakutkan apabila telefon pintar tiba-tiba terbakar dan ia boleh meragut nyawa pengguna.

Selain penggunaan alat ganti tiruan, trend pengguna yang gemar membawa bekalan kuasa tambahan (power bank) yang tidak disahkan oleh agensi teknikal bertauliah turut mengundang risiko sama.

Malah, wujud kes di mana bekalan kuasa tambahan yang diletak dalam poket atau beg tiba-tiba terbakar ketika pengecasan dilakukan dan ini menunjukka­n bahawa peranti yang digunakan pengguna tidak mendapat kelulusan daripada

agensi berkaitan.

Alat ganti atau perkakas elektrik yang tidak mendapat pengesahan sememangny­a dijual pada harga yang lebih murah namun ia mempunyai risiko yang besar jika pengguna tidak prihatin terhadap aspek keselamata­n.

Situasi sama berlaku kepada seorang lelaki berusia 31 tahun apabila dia menukar bateri tiruan untuk telefon pintarnya sebelum ia terbakar secara tiba-tiba ketika dicas.

Menceritak­an pengalaman­nya,

Ady Firhad Basir berkata, dia menggunaka­n bateri tiruan untuk peranti miliknya memandangk­an harganya jauh lebih murah berbanding bateri tulen.

“Selepas menukar kepada bateri tiruan, telefon pintar cepat panas walaupun hanya dibuka untuk membalas kiriman aplikasi WhatsApp. Bahagian belakang bateri terasa lebih panas daripada kebiasaan.

“Pada awal tahun ini, iaitu selepas sebulan saya menukar kepada bateri tiruan, saya cas peranti di tempat kerja dan sebaik memasukkan pengecas kepada bicu punca kuasa, asap putih keluar daripada bahagian belakang

peranti. “Saya terus berlari keluar sebelum mencampakk­an telefon pintar terbabit. Tidak lama kemudian, asap putih kemudianny­a keluar sebelum berlaku percikan api di belakang telefon,” katanya.

Menurut Ady Firhad, itu pengalaman pertama dan terakhirny­a menggunaka­n alat ganti tiruan kerana ia bukan saja mampu untuk merosakkan peranti malah membahayak­an nyawa.

“Sejak itu, saya serik untuk menggunaka­n alat ganti tiruan. Jika rosak sekalipun, saya rela untuk mengeluark­an wang lebih bagi membeli alat ganti asli.

“Paling mudah, lakukan pembaikan di pusat servis jenama telefon pintar itu sendiri untuk lebih selamat,” katanya.

“Selepas menukar kepada bateri tiruan, telefon pintar jadi cepat panas

Ady Firhad

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia