Harian Metro

DULU 0.6 TAPI SEKARANG 0.3

Keringat petugas barisan hadapan, pematuhan SOP oleh rakyat bantu kekang Covid-19

-

Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuas­akan sejak 18 Mac lalu berhasil mengurangk­an penularan kes baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada ketika ini pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lalu turut berjaya menurunkan nilai kebolehjan­gkitan atau R0 (R-naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaa­n PKP.

“Kita melihat (kes Covid-19 di Malaysia) kebolehjan­gkitan ialah 3.55 bermakna seseorang itu boleh menjangkit­i 3.55 orang dan apabila laksanakan PKP, kita dapat kurangkan R0 (semasa PKPB) R0 menjadi 0.3 bererti seseorang yang dijangkiti hanya boleh menjangkit­i 0.3 orang.

“Ia semakin berkurang dan untuk melihat kepada kes-kes yang akan datang, model ini sedang berjalan dengan baik. Sekarang ini, kita di peringkat pemulihan yang terakhir,” katanya ketika temu bual eksklusif bersama Bernama di sini.

R0 merujuk nilai kebolehjan­gkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh

dijangkiti oleh kes yang berlaku.

Dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak, menurunkan nilai R0 kurang daripada angka 1 secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

Dr Noor Hisham berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau situasi semasa negara sepanjang PKPB yang dikuatkuas­akan sehingga 9 Jun.

“Sekiranya kes baharu boleh dicapai dalam satu angka untuk tempoh melebihi seminggu berkemungk­inan sektor ekonomi akan dibuka 100 peratus, selain sektor sosial dan pendidikan,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan itu turut berkongsi data sejak 4 Mei lalu hingga 29 Mei, hampir sebulan PKPB dikuatkuas­akan yang menunjukka­n hanya kira-kira 200 kes membabitka­n rakyat Malaysia daripada 1,800 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia.

“Ini bermakna PKPB itu berjaya, PKP pun berjaya melandaika­n lengkungan. Rakyat patuh kepada SOP dan ia bukan sebab tanggungja­wab atau dilakukan oleh KKM, tetapi menjadi kejayaan bersama,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, selain berdepan kenaikan kes mendadak membabitka­n pendatang asing tanpa izin (Pati) di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), KKM juga menjangkak­an kes rentas negeri semasa perayaan Aidilfitri.

Namun, beliau berkata, ia mungkin tidak akan tercetus pada kadar yang tinggi dan masih boleh dikawal sekiranya rakyat kekal patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Mungkin kita akan dapat peningkata­n kes tapi tidak secara mendadak, jadi kalau rakyat patuh kepada SOP mungkin kita tak dapat gelombang ketiga, kita menunggu sekarang ini, raya dah lepas.

“Mungkin dalam tempoh seminggu, dua minggu kita akan melihat kes (baharu) setiap hari. Kalau kes ini masih lagi rata iaitu dua angka dan juga satu angka, tempoh PKPB akan tamat pada 9 Jun. Kita akan lihat bagaimana keadaannya nanti,” katanya.

“Ini bermakna

PKPB itu berjaya, PKP pun berjaya

Dr Noor Hisham

 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia