Harian Metro

POKOK ‘KENA TELAN’

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

“Pokok rambutan di belakang rumah hilang tiba-tiba dan tanah semakin merekah sebelum penduduk melihat pergerakan tanah di bahagian belakang rumah mereka,” kata Syed Zulkifli Syed Masir, 58.

Dia yang juga Pengerusi Persatuan Taman Kelab Ukay (TKURA) di sini, berkata, kejadian berlaku pada jam 2.21 pagi semalam susulan hujan lebat di kawasan berkenaan.

“Saya diberitahu penduduk diminta keluar dari rumah apabila dimaklumka­n berlaku tanah runtuh.

“Sejurus itu saya menghubung­i bomba dan pasukan penyelamat berkenaan tiba kira-kira 10 minit kemudian dan mengarahka­n penghuni meninggalk­an kediaman masing-masing,” katanya ketika ditemui.

Syed Zulkifli berkata, kejadian berlaku amat pantas dan tanah yang merekah di belakang rumah dilihat semakin besar.

“Bila kami ke belakang rumah tanah merekah dilihat semakin besar ada pergerakan tanah dan pokok di belakang rumah hilang kerana menggelong­sor ke bawah.

“Ketika ini kawasan berkenaan dipantau pasukan penyelamat dan agensi-agensi berkaitan. Buat sementara penduduk akan tinggal di sebuah hotel bagi tempoh dua hari,”katanya.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamarudin berkata, pihaknya meluluskan peruntukan segera RM2 juta bagi membina tembok penahan di kawasan tanah runtuh yang menjejaska­n tujuh kediaman di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabang­sa.

Menurutnya, selain kerja membina tembok penahan, agensi yang terbabit juga akan menjalanka­n kerja menambah baik sistem aliran anak sungai yang terletak di belakang kediaman penduduk terjejas.

“Kita diberitahu MPAJ, anggaran kos awal yang diperlukan untuk kerja membina tembok penahan memakan kos sekitar RM2 juta dan proses itu akan mengambil masa seawal-awalnya enam bulan untuk disiapkan.

“Penduduk diminta mengosongk­an kediaman masing-masing dalam tempoh 48 jam dan mereka perlu mencari kediaman sementara selama enam bulan, sementara kontraktor dilantik MPAJ menyiapkan kerja mereka,” katanya selepas membuat tinjauan di lokasi runtuhan.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa keadaan rumah penduduk.
PENGHUNI menunggu arahan pihak berkuasa sebelum dapat masuk kembali ke dalam rumah.
ANGGOTA bomba menyelamat­kan kereta milik penduduk.
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan rumah penduduk. PENGHUNI menunggu arahan pihak berkuasa sebelum dapat masuk kembali ke dalam rumah. ANGGOTA bomba menyelamat­kan kereta milik penduduk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia