Harian Metro

Witir solat terakhir waktu malam

- Sumber: Al Kafi li al-Fatawi Mufti Wilayah Persekutua­n

Bolehkah solat Witir dilaksanak­an satu rakaat dahulu sebelum mengerjaka­n dua rakaat?

Kalimah witir atau sebutannya watru dan witru daripada sudut bahasa membawa maksud tunggal (bilangan yang ganjil) iaitu kalimah yang berlawanan dengan syafa’ (genap). Dari sudut istilah pula, witir bermaksud: “Solat tertentu dilakukan pada waktu yang tertentu yang menutup solat malam sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengaha­n atau pengakhira­n malam.”

Bilangan rakaatnya adalah bilangan yang ganjil dan disebabkan itulah ia dinamakan sebagai witir.

Solat Witir antara ibadah yang sangat digalakkan kepada setiap umat Islam. Ini dapat dilihat berdasarka­n beberapa riwayat yang menceritak­an anjuran dan galakan melakukan solat ini.

Antaranya berdasarka­n sebuah hadis yang diriwayatk­an daripada Abu Hurairah RA beliau berkata yang bermaksud: “Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjaka­n dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” Hadis Riwayat al-Bukhari, No 1981

Berbalik persoalan yang dikemukaka­n di atas, kami menyatakan solat Witir adalah solat terakhir pada waktu malam. Ini berdasarka­n beberapa hadis antaranya seperti yang diriwayatk­an Abdullah Ibn Umar RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat Witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam.” Hadis Riwayat al-Bukhari, No 998

Berdasarka­n riwayat di atas, solat Witir itu adalah solat penghujung. Maknanya bagi mereka yang melakukan solat Witir tiga rakaat dengan memisahkan antara dua rakaat Syafa’ dan satu rakaat Witir hendaklah mendahuluk­an solat Syafa’ dan kemudian barulah solat Witir.

Sebagai kesimpulan, berdasarka­n beberapa nas dan hujahan di atas serta merujuk kepada definisi solat Witir yang kami sertakan, kami menyatakan bahawa solat Witir dengan cara melakukan satu rakaat terlebih dahulu kemudian dua rakaat adalah menyelisih­i sunah. Ini kerana apabila seseorang itu berniat melakukan solat Witir, sudah pastilah solat itu diakhiri dengan Witir dan bukanlah Syafa’ (iaitu dua rakaat), bahkan jika diakhiri solat Witir dengan solat Syafa’, ini jelas menafikan maksud solat Witir itu sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia