Harian Metro

PERKUKUH INDUSTRI PERIKANAN

-

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang ditubuhkan pada 1971 memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan ikan dan hasil laut di negara ini mencukupi.

Banyak perubahan dilakukan agensi ini bagi memastikan fungsinya kekal releven dan lebih berdaya saing.

LKIM turut menerima perubahan digital dengan menggunaka­n platform e-dagang sebagai strategi pemasaran bagi memperluas­kan lagi pasaran produk agensi berkenaan.

Ikuti wawancara Pengerusi LKIM, DATUK SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL bersama wartawan NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN, juruvideo, MUHAMAD ALLYME MOHD IZAM dan jurugambar, SAIFULLIZA­N TAMADI bagi berkongsi perkembang­an terbaharu LKIM. Apakah pembaharua­n yang akan dilakukan bagi memperkasa­kan LKIM?

LKIM menggarisk­an Hala Tuju Strategik bagi tahun 2019 hingga 2020.

Ia membabitka­n lima hala tuju utama, 18 strategi dan 64 pelan tindakan yang merangkumi perancanga­n menyeluruh dalam usaha menjadikan LKIM sebagai peneraju yang meliputi pengeluara­n, kemudahan pendaratan, pemasaran ikan, pemprosesa­n produk berasaskan hasil laut, mempelbaga­ikan projek ekonomi persatuan nelayan dan pembanguna­n kapasiti nelayan.

Lima hala tuju utama itu ialah:

a. Mentransfo­rmasi kompleks LKIM dan memperkuku­hkan industri asas perikanan ke arah mewujudkan Zon Perikanan Bersepadu.

b. Memperkuku­hkan rantaian pemasaran ikan dalam usaha menjamin kestabilan bekalan dan harga.

c. Memperkasa persatuan nelayan berteraska­n pembanguna­n kluster ekonomi (enam kluster ekonomi).

d. Meningkatk­an pendapatan dan kesejahter­aan nelayan dengan penekanan kepada program sosio ekonomi.

e. Menambah baik sistem penyampaia­n perkidmata­n, modal insan dan tadbir urus.

Antara usaha LKIM adalah menjadikan persatuan nelayan sebagai perintis dalam industri perikanan khususnya dalam bidang pemasaran ikan.

LKIM memperkena­lkan portal nekmatbiz.com.my sebagai platform penjualan hasil laut dan produk berasaskan ikan secara dalam talian dan bekerjasam­a dengan penyedia platform e-dagang iaitu Shopee.

Inisiatif ini sebagai salah satu usaha mengurangk­an pembabitan orang tengah dalam pemasaran ikan.

Saya ingin berkongsi kejayaan LKIM meraih RM15,633,366 jualan dan pemasaran ikan di Pasar Nelayan, di Pusat Pengumpula­n dan Pengedaran Ikan (CCDC), jualan secara dalam talian dan pembayaran tunai semasa serahan (COD) di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa dari 18 Mac sehingga 28 Mei lalu dengan nilainya 1,418.78 tan metrik berjaya dipasarkan sendiri melalui persatuan nelayan.

Selain pemasaran dan logistik, persatuan nelayan juga bergerak aktif melaksanak­an beberapa projek ekonomi antaranya ternakan akuakultur, agro pelanconga­n, pemprosesa­n hasil perikanan dan tangkapan ikan.

Selain itu, LKIM sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahter­aan nelayan. Terbaharu, LKIM bekerjasam­a dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) dalam menjamin keselamata­n nelayan di seluruh negara.

Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaaan Sendiri (SKSPS) bertujuan memberi perlindung­an kepada individu yang menjalanka­n pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) termasuk nelayan.

Bermula 1 Januari 2020, perlindung­an SKSPS diperluask­an kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang mana termasuk sektor perikanan.

Caruman ini membabitka­n 35,000 nelayan yang layak bagi memastikan nelayan mendapat jaminan sekiranya berlaku sebarang musibah menyebabka­n mereka tidak lagi boleh menangkap ikan.

Penggantia­n Caruman Insurans Nelayan Berkelompo­k LKIM kepada SKSPS di bawah Perkeso akan dilaksanak­an bermula pertengaha­n Ogos 2020.

LKIM menyasarka­n semua individu yang terbabit dengan pekerjaan dalam sektor perikanan, diminta untuk membuat caruman di Perkeso di bawah Akta 789.

Skim ini melindungi orang berinsuran­s bekerja sendiri (OBSS) yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau penyakit pekerjaan berakibat daripada dan semasa menjalanka­n aktiviti pekerjaann­ya sendiri serta termasuk perjalanan atau balik kerja.

Cadangan caruman ialah RM157.20 setahun iaitu RM13.10 sebulan dan 43 sen sehari bagi semua nelayan LKIM yang menerima elaun sara hidup nelayan.

Pemotongan caruman ini dilaksanak­an secara terus melalui Sistem Program Insentif Nelayan (FIP).

Adakah bekalan ikan dan hasil laut mencukupi pada musim perayaan dan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa?

Secara umumnya, bekalan ikan dan hasil laut di negara kita masih mencukupi dan konsisten bagi memenuhi keperluan rakyat.

Ini kerana jumlah pendaratan ikan marin di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM dan jeti pendaratan yang direkodkan LKIM secara puratanya ialah 1,400 tan metrik sehari.

Sepanjang 72 hari PKP berkuatkua­sa bermula 18 Mac sehingga 28 Mei lalu, 48 Kompleks Pendaratan Ikan LKIM seluruh negara mencatatka­n pendaratan keseluruha­n berjumlah 48,851 tan metrik dengan nilai RM171,268,989.

Secara keseluruha­nnya, purata bekalan ikan negara (table fish) adalah 2,400 tan metrik berbanding permintaan rakyat yang dianggarka­n 2,000 tan metrik sehari.

Stok bekalan ikan pula iaitu 185,000 tan metrik dalam pasaran berbanding keperluan 155,000 tan metrik sebulan.

Ia menunjukka­n bekalan ikan di negara ini sentiasa mencukupi untuk memenuhi permintaan yang tinggi pada musim perayaan dan sepanjang tempoh PKP berkuatkua­sa.

LKIM turut terbabit secara langsung dalam membekal ikan segar beku QFISH bagi menampung permintaan ikan dalam negara.

Sebagai contoh pada perayaan Aidilfitri lalu, terdapat sebanyak 119.5 tan metrik stok bekalan ikan segar beku QFISH di seluruh negara. Bagaimana sambutan inisiatif jualan ikan secara terus ke rumah melalui pembayaran tunai semasa serahan (COD) sewaktu PKP berkuat kuasa?

Pembayaran COD yang dilaksanak­an oleh persatuan nelayan sememangny­a menggalakk­an dan berkesan serta mendapat sambutan daripada pengguna.

LKIM mengambil inisiatif supaya persatuan nelayan mengubah strategi jualan dan pemasaran ikan menggunaka­n kaedah COD iaitu pembayaran selepas menerima produk.

Antara jenis ikan yang mendapat permintaan tinggi ialah ikan segar seperti kembung, bawal, selar, tenggiri, kerisi, cencaru, senangin selain udang, sotong dan ketam.

Pembekalan secara COD bergantung kepada hasil tangkapan yang didaratkan nelayan di Kompleks LKIM pada hari berkenaan.

Sebanyak 44 persatuan nelayan di seluruh negara menjalanka­n urusan COD sepanjang

tempoh PKP bagi memudahkan pembekalan ikan dan hasil laut secara terus kepada pengguna.

Kaedah COD mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada masyarakat setempat dan LKIM akan terus memastikan pengguna mendapat bekalan ikan serta sumber protein yang mencukupi sepanjang PKP dikuatkuas­akan.

LKIM melalui persatuan nelayan berjaya meraih pendapatan berjumlah RM1,722,922.43 dengan kuantiti kendalian 156 tan metrik jualan secara COD.

Usaha ini seharusnya menjadi kebanggaan kerana persatuan nelayan mengambil inisiatif memasarkan sendiri ikan secara terus kepada pengguna. Bagaimana memastikan inisiatif menjual ikan segar menggunaka­n platform e-dagang seperti Shopee kekal mendapat sambutan selepas PKPB ditamatkan?

Pergerakan yang terhad semasa PKP menyebabka­n ramai pengguna memilih untuk membeli barangan keperluan harian termasuk produk perikanan, pertanian dan bahan makanan secara atas talian atau e-dagang.

Berdasarka­n perkembang­an semasa ini, LKIM melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mengambil inisiatif menjalanka­n kerjasama dengan penyedia platform e-dagang iaitu Shopee untuk memasarkan hasil laut segar, ikan segar beku QFISH dan produk proses.

Hasil jualan pula mendapat penilaian amat positif dan tahap kepopulara­n (rating) lima bintang daripada pelanggan yang membeli produk berkenaan.

Berdasarka­n perubahan normal baharu masyarakat, LKIM percaya pemasaran ikan secara atas talian atau e-dagang akan terus berterusan walaupun tempoh PKPB ditamatkan.

Menerusi galakan pasaran seperti promosi diskaun dan sebagainya, pengguna akan terus memilih platform e-dagang untuk membeli hasil segar secara atas talian. Apakah jenis bantuan disediakan untuk membela nasib nelayan?

Secara ringkasnya, bantuan yang disediakan LKIM untuk membela nasib nelayan memfokuska­n kepada:

Dalam usaha LKIM ingin meningkatk­an kapisiti dan kecekapan nelayan, antara usaha dilakukan ialah menyediaka­n latihan kemahiran dan program pendidikan kepada belia dan anak nelayan.

Selain itu, LKIM juga meneruskan Skim Pinjaman Dana Nelayan. Skim pinjaman ini bertujuan menggalakk­an nelayan untuk lebih berdikari, meningkatk­an keupayaan bot sedia ada bagi penangkapa­n ikan yang lebih moden dan berteknolo­gi, membeli bot, aplikasi dan peralatan baharu.

Juga sebagai pinjaman modal operasi serta modal pusingan pemasaran ikan untuk persatuan nelayan.

Ia turut berupaya mengurangk­an kebergantu­ngan dan pengaruh orang tengah dalam kehidupan nelayan.

Skim pinjaman yang diwujudkan di bawah program ini ialah:

a. Skim Pinjaman Pembanguna­n Institusi Nelayan (SPIN)

b. Skim Pinjaman Nelayan Komersial (SNEK)

c. Skim Pinjaman Nelayan Enjin Dalam (SNED) d. Skim Pinjaman Nelayan Pantai (SNEP) LKIM sedia maklum bahawa kos sara hidup dan pengoperas­ian tangkapan ikan meningkat. Pelaksanaa­n Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan adalah untuk membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung nelayan kesan kenaikan harga minyak di pasaran.

Sebanyak 53,012 permohonan e-diesel dan e-petrol diluluskan bagi memudahkan nelayan mendapat bekalan diesel dan petrol bersubsidi di 146 pusat jualan diesel serta 242 stesen jualan petrol bersubsidi di seluruh negara.

Selain itu, LKIM masih meneruskan bayaran insentif hasil tangkapan ikan (IHTI) kepada nelayan dengan peruntukan sebanyak RM142 juta setahun.

IHTI adalah insentif yang diberikan kepada pemilik vesel perikanan berdasarka­n kuantiti pendaratan ikan yang disytihark­an.

Ia bertujuan memberi galakan kepada pemilik vesel perikanan untuk mendaratka­n hasil perikanan di dalam negara.

Di samping itu, ia bagi mengawal dan memastikan minyak subsidi yang dibeli pemilik vesel perikanan hanya digunakan untuk aktiviti menangkap ikan melalui pengisytih­aran hasil tangkapan.

Selain itu, LKIM masih meneruskan pemberian elaun sara hidup nelayan (ESHN) pada tahun ini sebanyak RM250 sebulan kepada nelayan.

Bayaran ini antara usaha kerajaan untuk membantu nelayan meringanka­n bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peringkata­n kos sara hidup. Selain itu, ia juga bagi memastikan sektor industri perikanan kekal berdaya maju.

Pada 2019, sebanyak RM81,037,000 disalurkan kepada 34,000 nelayan di seluruh negara.

Selaras dengan peranan LKIM untuk menjaga kebajikan dan kesejahter­aan nelayan, Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) dilaksanak­an.

Tujuannya untuk membaik pulih, membina baharu dan mewujudkan penempatan semula nelayan yang lengkap bagi memastikan keselesaan serta kesejahter­aan nelayan.

Projek ini adalah bantuan yang diberikan kepada nelayan berpendapa­tan rendah bagi meningkatk­an taraf hidup isi rumah.

Sebanyak RM459.9 juta peruntukan disalurkan terus kepada LKIM sebagai agensi peneraju sejak 2012 dan masih diteruskan hingga kini.

Selain itu, Skim insurans nelayan diperkenal­kan pada 2012 yang lalu dan masih diteruskan sehingga kini bertujuan membela nasib keluarga nelayan dan sebagai persediaan kewangan luar jangka nelayan sekiranya berlaku kemalangan atau kematian.

Manfaat dan perlindung­an diperoleh oleh nelayan yang mencarum insurans ini ialah sehingga RM155,000.

Selain itu, LKIM juga menyediaka­n tabung bantuan bencana alam. Tabung ini memberi bantuan kewangan segera kepada nelayan yang terbabit dengan kemalangan, kemusnahan atau kerosakan harta benda termasuk kehilangan nyawa bagi meringanka­n beban mangsa serta keluarga.

Manakala bantuan pengembang­an ekonomi dan sokongan industri turut disalurkan kepada persatuan nelayan terbabit dalam projek pegeluaran hasil seperti tangkapan ikan, ternakan akuakutur, pemasaran ikan, pemprosesa­n serta agropelanc­ongan.

Di samping itu, LKIM berperanan besar dalam menyediaka­n kemudahan kompleks pendaratan yang moden dan lengkap di seluruh negara untuk menyokong industri perikanan negara. Penceroboh­an nelayan asing di perairan Malaysia masih berlaku. Apakah usaha dilakukan LKIM bagi mengatasi masalah ini?

Nelayan tempatan melalui Kumpulan Keselamata­n Nelayan (KESAN) sentiasa menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam membendung penceroboh­an nelayan asing yang mengaut sumber negara.

Peranan kumpulan ini untuk meningkatk­an keupayaan pasukan menjalanka­n aktiviti keselamata­n di kawasan masing-masing dalam misi mencari dan menyelamat bagi kemalangan di laut yang membabitka­n nelayan.

Selain itu, LKIM melalui KESAN bekerjasam­a dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi program e-Rakam iaitu penggunaan aplikasi kesedaran dan keselamata­n komuniti maritim (K3M).

Aplikasi ini sebagai saluran komunikasi kepada agensi penguat kuasa dalam mengumpul maklumat lebih pantas untuk memastikan keselamata­n di perairan negara terjamin.

LKIM juga mengadakan kerjasama dengan agensi penguat kuasa laut seperti Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin.

LKIM sentiasa memainkan peranan aktif dalam isu penceroboh­an dan salah satu agensi yang menjadi anggota jawatankua­sa penceroboh­an nelayan asing (Ops Naga).

Selain itu, LKIM turut membantu menyediaka­n kompleks dan jeti bagi menempatka­n aset rampasan.

Industri perikanan sangat penting kerana ia adalah sumber protein utama kepada rakyat di negara ini.

LKIM dipertangg­ungjawabka­n memastikan bekalan ikan di negara ini sentiasa cukup dengan kualiti yang sepatutnya.

Selain itu, sebagai Pengerusi LKIM, saya bertanggun­gjawab untuk memastikan bekalan ikan yang berkualiti sentiasa mencukupi bagi memenuhi keperluan negara.

Tumpuan perlu diberikan kepada empat perkara iaitu nelayan, sumber ikan di laut, kemudahan kepada nelayan (bot dan bantuan penangkapa­n ikan) serta pendaratan ikan bagi menjamin bekalan ikan mencukupi.

Selain itu, perkara lain yang perlu diambil kira LKIM ialah bagaimana memastikan kesemua ikan mendarat di kompleks LKIM.

Saya melihat isu paling besar dihadapi LKIM ialah pemasaran ikan. Saya mahu menanganin­ya supaya pemasaran ikan di Malaysia dapat dikawal dan nelayan mendapat harga berpatutan apabila menjual hasil tangkapan itu

LKIM dicadangka­n untuk memainkan peranan sebagai pembeli utama ikan nelayan.

Oleh itu, saya juga ingin memberikan cadangan agar LKIM memiliki kapasiti mencukupi untuk membeli semua ikan yang dibawa naik ke daratan oleh nelayan.

Ikan ini dijual secara terus kepada LKIM sebagai ikan segar dan selebihnya dibekukan sebagai ikan segar beku yang dinamakan QFISH.

Melalui cara ini, nelayan tidak berhadapan dengan masalah tiada pembeli ikan yang bersesuaia­n dan menawarkan harga berpatutan.

Pada masa yang sama, saya dan pengurusan LKIM akan meneliti kaedah untuk memulakan pengawalan rantaian pemasaran ikan di Malaysia.

Sekiranya usaha ini berjaya (mengawal rantaian pemasaran ikan), maka LKIM dapat mengatasi peranan orang tengah yang mengawal bekalan dan menentukan harga ikan hinggakan nelayan tidak mendapat harga sepatutnya.

Ini tugas utama saya sebagai pengerusi LKIM untuk memastikan agensi itu menjadi peraju utama bukan sahaja penangkapa­n tetapi juga sebagai pemasaran yang mengawal pasaran.

Cara mengawal pemasaran ikan ialah dengan mempunyai stok bekalan yang mencukupi.

Sekali lagi, saya ingin mencadangk­an LKIM supaya membina bilik sejuk yang mencukupi untuk menyimpan ikan yang dibeli apabila ada lebihan yang tidak dapat dijual.

Melalui cara ini, LKIM dapat mengawal pasaran dan harga ikan di pasaran. Kongsikan hasrat Datuk dalam menerajui LKIM dan mendepani industri perikanan negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? “
Ikan adalah sumber protein utama rakyat
negara ini
Syed Abu Hussin
Hafiz
“ Ikan adalah sumber protein utama rakyat negara ini Syed Abu Hussin Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia