Harian Metro

‘KELI BOY’ BEBAS

- lapor Firdaus Hashim.

Mana-mana pasukan terutama daripada Liga Super boleh menyaingi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memikat sayap lincah Pahang, Mohamadou Sumareh bagi saingan musim depan. Ini berikutan kontrak tiga tahun pemain naturalisa­si pertama negara kelahiran Gambia itu akan tamat musim ini. Bagaimanap­un, JDT sudah tentu ‘syurga’ buat Sumareh yang mesra disapa ‘Keli Boy’ berikutan tarikan gaji lumayan selain koleksi pemain bintang,

Kuala Lumpur: “Alhamdulil­lah dengan izin Allah, saya sudah mempunyai empat rumah, dua kereta, simpanan emas dan duit. Doakan pula selepas ini tanah saya di Alor Setar dipermudah­kan buat pecahan lot untuk saya bantu golongan muda yang susah nak beli rumah dari bank,” kata bek Kedah, Azmeer Yusof, 30, menceritak­an kebangkita­nnya selepas ‘terduduk’ akibat boros berbelanja ketika di kemuncak karier.

Selain itu, Azmeer turut mengingatk­an pemain muda supaya sentiasa bersedekah terutama kepada pihak yang memerlukan.

“Sebab itu yang mana ikuti saya dari dulu, saya tak kisah gaji bola sepak masuk atau tidak. Sebab saya dah ada secukupnya untuk tampung kehidupan saya dan keluarga. Zakat dan sedekah jangan sesekali lupa. Buatlah amal jariah sebanyak mungkin. Tak selamanya kita hidup,” katanya.

Sebelum ini, bekas pemain

Zakat dan sedekah jangan sesekali lupa. Buatlah amal jariah sebanyak mungkin. Tak selamanya kita hidup”

Azmeer Yusof

Perak dan Kuala Lumpur itu mencuri tumpuan netizen apabila menasihatk­an pemain bola sepak supaya jangan terlalu taasub terhadap kenderaan dan berbelanja mewah tanpa perancanga­n simpanan masa depan.

Melalui pengalaman silamnya, dia pernah memiliki tujuh kenderaan mewah dan lima kad kredit dengan berbelanja secara boros dan mengakui menyesal apabila dibebani hutang keliling pinggang.

Nasihat itu dipercayai susulan tindakan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid yang menayang kereta mewah Porsche berharga kira-kira RM600,000 di laman sosialnya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azmeer berkata, berkat daripada simpanan serta kisah hidup ‘hitamnya’ sebelum ini banyak mengajarny­a untuk sentiasa hidup secara bersederha­na dan membantu golongan memerlukan.

Jelasnya, tindakan dia berkongsi cerita peribadi sambil mengingatk­an pemain lain supaya berhemah dalam berbelanja bukannya disebabkan rasa cemburu sebaliknya sekadar perkongsia­n pengalaman.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AZMEER (tengah) bersama rakan sepasukan ketika menjalani latihan.
AZMEER (tengah) bersama rakan sepasukan ketika menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia