Harian Metro

MULIA HATI LCW

Gambar Chong Wei hulur sumbangan kepada masjid tular di media sosial

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

“Saya tiada niat untuk sebarkan apa yang saya bantu itu, sebab itu saya tidak tulis dalam media sosial apa yang saya lakukan dan saya sendiri terkejut apabila semalam ramai yang menghubung­i saya bertanyaka­n hal itu selepas melihat gambar saya memberi sumbangan kepada masjid.

“Saya tidak menyangka perkara itu akan tersebar kerana saya sudah meminta kepada wakil masjid untuk tidak post gambar saya memberi sumbangan,” kata legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Rata-rata ramai netizen memuji tindakan bekas pemain nombor satu dunia itu apabila beliau turun memberikan sumbangan berupa barangan dan duit kepada pihak masjid biarpun berlainan agama dan budaya.

Malah Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur itu bukan masjid pertama menerima sumbangan daripada bekas jaguh perseorang­an lelaki negara itu.

Kata Chong Wei, beliau sudah memberi sumbangan kepada tiga masjid dan kini merancang untuk terus menyumbang­kan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya tiada niat apa-apa memang saya mahu memberi sumbangan. Sebelum ini saya ada bertanyaka­n kepada rakan Melayu apa yang boleh saya bantu sebab Melayu dan Cina kan berlainan budaya.

“Jadi mereka galakkan saya memberi sumbangan jadi saya beli barang dan pilih masjid untuk berikan sumbangan. Saya cuma bantu apa yang boleh,” katanya.

Kelmarin tular di media sosial, Chef de Misson negara ke Sukan Olimpik itu menunjukka­n teladan yang baik apabila memberi sumbangan kepada masjid.

Perkongsia­n itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi masjid itu yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurk­an sumbangan kepada wakil masjid.

Status itu turut dikongsi di akaun rasmi

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n dengan kebanyakan netizen memuji sikap Chong Wei dan berharap ia dicontohi

oleh pihak lain.

Saya tiada niat

apa-apa memang saya mahu memberi

sumbangan

Lee Chong Wei

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CHONG Wei (kanan) menyumbang wang tunai dan kelengkapa­n kepada Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Penchala.
CHONG Wei (kanan) menyumbang wang tunai dan kelengkapa­n kepada Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Penchala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia