Harian Metro

4 RUMAH, USIA 30

Kontrak bersama skuad Tok Gajah tamat musim ini

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Laluan terbuka luas untuk pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim depan.

Menurut sumber, kontrak Sumareh selama tiga musim bersama skuad Tok Gajah bakal berakhir pada penghujung musim ini dengan tonggak naturalisa­si pertama Harimau Malaya itu akan memilih haluan berbeza.

Sumareh, 25, juga difahamkan sudah mengadakan perbincang­an bersama pasukan baharu dan kemungkina­n bakal mengikut jejak bekas rakan sepasukan, Matthew Davies ke JDT.

“Benda ini (perpindaha­n ke JDT) dah ramai tahu sebab kontrak dia pun akan habis hujung tahun ini. Perpindaha­n

Davies pada awal musim ini pun sebenarnya sudah dijangka kerana JDT sekarang sedang menstruktu­r semula pasukan selepas ramai pemain utamanya semakin dimamah usia.

“Malah, tindakan pemilik JDT (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) membalas komen Sumareh di laman sosial juga adalah isyarat seperti mana beliau juga pernah lakukan perkara sama ke atas Davies sebelum penghijrah­annya ke skuad Harimau Selatan,” katanya kepada Arena Metro.

Kelmarin, kecoh di laman sosial spekulasi perpindaha­n Sumareh apabila penyokong bola sepak tempatan melihat ‘perbualan’ antara Sumareh dan Tunku Ismail di laman Instagram pemain kelahiran Gambia itu.

Rata-rata penyokong menyifatka­n ‘gurau senda’ itu sebagai isyarat dan petanda Sumareh atau lebih mesra dipanggil Keli Boy oleh rakan sepasukann­ya akan menyertai pasukan itu pada musim depan.

Sumareh yang menyertai Pahang pada 2017 sudah meledak 12 gol dilihat berbalas komen dengan Tunku Ismail selepas dia memuat naik jentera mewahnya

Mercedes

A-Class Hatchback baru-baru ini.

Gambar berkenaan menarik minat Tunku Ismail yang kemudian membalas ‘haha’ yang disertakan emoji ‘penumbuk’ dan emoji hati berwarna biru dan merah yang sememangny­a lazim dengan warna skuad Harimau Selatan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia