Harian Metro

KORBAN 60 BISA

Rintih Nur Nazihah kepada bapanya sebelum meninggal dunia disengat tebuan lebih 60 kali

- lapor Rosli Ilham

“Tolong ayah, sakit sangat ayah kakak dah tak tahan ayah, tolonglah ayah,” itu rintihan Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, yang membuatkan bapanya sering menangis apabila teringatka­n rayuannya itu.

Nur Nazihah, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Ketengah Jaya 2, Dungun, maut semalam selepas disengat tebuan Jumaat lalu ketika bermain di kawasan semak berhampira­n rumahnya di Felda Kerteh 4, kira-kira jam 3 petang.

Anak ketiga daripada lima beradik itu gagal diselamatk­an dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada jam 1.35 pagi semalam.

Bagaimanap­un, adiknya Muhammad Azib, 6, yang turut disengat tebuan dilaporkan stabil dan kini menerima rawatan di hospital sama.

Bapanya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, berkata, ketika kejadian dia sedang membaiki dapur rumah ibunya di Bandar Paka manakala isterinya, Rohayu Mat Lazim, 39, tinggal di rumah bersama lima anaknya.

“Saya dimaklumka­n kedua-dua anak termasuk kakak mereka berusia 11 tahun serta dua rakan bermain di situ dalam jarak 50 meter dari rumah saya.

“Muhammad Azib yang dalam kesakitan berlari pulang memberitah­u ibunya yang Nazihah diserang tebuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Kerteh 4 di sini, semalam.

Katanya, isterinya kemudian berlari mendapatka­n Nazihah sebelum menghubung­inya dan memaklumka­n terdapat banyak sengatan di badan anaknya.

“Saya ingat sengatan lebah namun apabila isteri memberitah­u ada beberapa kepala berwarna hitam dan besar melekat di baju Nazihah, saya sahkan itu tebuan dan meminta isteri segera ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.

“Saya kemudian bergegas pulang dan terus ke klinik kesihatan. Saya dapati Nazihah masih sedar dan tidak putus-putus mengadu kesakitan,” katanya. Menurutnya, dia terkejut selepas melihat banyak kesan sengatan di dada, perut dan tangan kanan anaknya yang dianggarka­n melebihi 60 sengatan.

“Saya menangis dan tak sanggup melihat kesakitan ditanggung Nazihah dan memintanya kuat semangat.

“Dia kemudian dihantar ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke HSNZ dan sepanjang Jumaat dan Sabtu, Nazihah masih sedar.

“Bagaimanap­un, sejak malam tadi (kelmarin), dia semakin lesu dan tidak sedarkan diri sehinggala­h meninggal dunia di depan saya,” katanya.

Mohd Sabri berkata, dia sering menasihati anak-anaknya supaya tidak bermain di kawasan semak terbabit kerana sebelum itu dia sudah menemui sarang tebuan.

Jenazah anaknya itu selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 4 dan 5 di sini pada jam 11 pagi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Paka, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Rezuan Adnan ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya sudah menjalanka­n siasatan di tempat kejadian dan menemui sarang tebuan sebesar sebiji bola.

“Ia bukan tebuan tanah dan pihak kami akan menjalanka­n kerja memusnahka­n sarang terbabit dengan segera,” katanya.

Mohd Sabri menasihati anaknya supaya tidak bermain di kawasan semak

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Sabri menjirus air mawar di pusara Nur Nazihah di Tanah Perkuburan Kerteh 5, Dungun, semalam.
NUR Nazihah
SARANG tebuan di kawasan semak berhampira­n rumah mangsa.
MOHD Sabri menunjukka­n lokasi
anaknya disengat tebuan.
MOHD Sabri menjirus air mawar di pusara Nur Nazihah di Tanah Perkuburan Kerteh 5, Dungun, semalam. NUR Nazihah SARANG tebuan di kawasan semak berhampira­n rumah mangsa. MOHD Sabri menunjukka­n lokasi anaknya disengat tebuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia