Harian Metro

IZIN ORANG BUJANG ‘RINDU’ BALIK KAMPUNG

MySejahter­a Check-In diperkenal kawal kemasukan berstruktu­r Waktu operasi mesin ATM kembali normal Satu kes baharu Covid-19 dicatatkan di Kinta

- Oleh Hayati Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my

Kerajaan akan berbincang sama ada memberi kelonggara­n atau tidak kepada golongan bujang yang rindukan keluarga untuk merentas negeri bagi pulang ke kampung.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau bersimpati dengan golongan bujang tambahan dirinya pernah melalui zaman itu di mana setiap minggu dahulu jika boleh ingin pulang berjumpa ibu.

Menurutnya, kerajaan akan membincang­kan perkara itu kerana memahami perasaan golongan bujang yang rindu kepada keluarga di kampung.

“Beri masa kepada kita untuk dibincangk­an kerana kita tidak akan tutup pintu untuk selama-lamanya.

“Begitu juga kepada pasangan suami isteri yang berjauhan walaupun dibenarkan untuk merentas negeri ia tidak bermakna kebenaran automatik sebaliknya tetap perlu mendapatka­n kebenaran,” katanya ketika sidang media hariannya di Putrajaya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian susulan permohonan daripada golongan bujang yang meminta kebenaran merentas negeri pulang ke kampung.

Ismail Sabri berkata, undang-undang rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali jika ada ahli keluarga sakit teruk, kematian, bekerja dan pasangan yang terpisah.

“Kita benarkan mereka merentas negeri, tetapi bersyarat bukan automatik kerana kita tidak tahu betulkah mereka ini pasangan suami isteri berjauhan dan sebab itu mesti memohon dengan polis untuk mendapat kebenaran.

“Mengenai kapasiti penumpang di dalam kereta membabitka­n kerja pula sama ada mereka perlu menyertaka­n satu surat atau masing-masing perlu menyediaka­n surat juga untuk tujuan rentas negeri bergantung kepada keputusan polis,” katanya.

Pasangan suami isteri berjauhan mesti mohon dengan polis untuk mendapat kebenaran

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KELONGGARA­N golongan bujang yang rindukan keluarga untuk merentas negeri pulang ke kampung bakal dibincangk­an kerajaan.
KELONGGARA­N golongan bujang yang rindukan keluarga untuk merentas negeri pulang ke kampung bakal dibincangk­an kerajaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia