Harian Metro

30,000 10,000

-

Penularan Covid-19 menyaksika­n satu demi satu hotel terpaksa mengambil keputusan perit dengan menghentik­an operasi mereka susulan impak pandemik itu terhadap industri perhotelan negara.

Ini bermakna ribuan atau mungkin puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan apabila hotel atau pusat penginapan tersebut gulung tikar, malah ada mula mencongak nasib mereka yang bagaikan telur di hujung tanduk.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pekerja hotel adalah antara yang paling teruk terjejas dengan ada dipotong gaji, dipaksa bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunaka­n cuti tahunan dan lebih teruk lagi terus dibuang kerja.

Beliau difahamkan lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara hilang pekerjaan, lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji dan lebih 6,000 pekerja dipotong gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup.

“Dari 18 Mac hingga 27

Mei, MTUC sendiri melalui MTUC Covid-19 Helpdesk menerima sebanyak 678 aduan kes dari sektor hotel iaitu pemotongan gaji (383 kes), pembuangan kerja

(186), paksa cuti tanpa gaji (37), paksa cuti tahun (54) dan lain-lain perihal

Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) sebanyak 17 kes,” katanya.

Justeru, apa yang boleh dilakukan bagi memastikan kelangsung­an kehidupan bekas pekerja hotel ini?

Jawab beliau, hentikan kebergantu­ngan terhadap pekerja asing dengan mengutamak­an rakyat tempatan bagi mengisi slot kekosongan kerja di dalam negara.

Abdul Halim, yang juga Pengerusi GiatMara berkata, pekerja-pekerja hotel disarankan agar diberikan kursus kemahiran di GiatMara atau kolej kemahiran berkaitan untuk menjadi usahawan dan dapat menukar profesion.

“Kerajaan mesti mencari kaedah untuk membantu pekerja hotel dan industri yang sama bagi membantu dan melindungi modal insan negara ini...kerajaan mesti menentukan tenaga kerja negara ini mendapat kerja semula,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan harus menggubal pelan induk demi kelangsung­an industri perhotelan yang terjejas teruk, dengan satu pelan jangka pendek harus merangkumi kempen menggalakk­an pelanconga­n domestik bagi membantu merancakka­n tempahan bilik hotel dan mengekalka­n pekerja industri terbabit.

“Selain itu, pemilik hotel juga patut menawarkan diskaun dan faedah lain untuk menarik pelanggan manakala kerajaan pula patut menawarkan potongan bil elektrik dan air serta potongan cukai pendapatan untuk meringanka­n beban pemilik hotel.

Bagaimanap­un segala imbuhan dan keistimewa­an itu dengan syarat hotel mengekalka­n pekerja untuk tempoh tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjun­g Malaysia, Rusli Affandi berkata adalah lebih baik sekiranya kerajaan dapat membantu mereka yang diberhenti­kan kerja dengan memberikan lesen untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi meraih pendapatan dan memulakan kehidupan baharu.

“Mereka yang begitu lama di dalam industri perhotelan agak sukar untuk menukar bidang dalam masa terdekat...dengan lesen berniaga, dapatlah mereka melunaskan pinjaman termasuk yuran anak-anak yang masih belajar dan paling penting untuk mereka mulakan hidup baharu.

“Sebelum ni merekalah duta-duta kecil yang memperkena­lkan Malaysia kepada dunia melalui tanggapan pertama apabila

 ??  ??
 ??  ?? PEKERJA hotel disarankan agar diberikan kursus kemahiran di GiatMara atau kolej kemahiran berkaitan untuk menjadi usahawan dan dapat menukar profesion.
PEKERJA hotel disarankan agar diberikan kursus kemahiran di GiatMara atau kolej kemahiran berkaitan untuk menjadi usahawan dan dapat menukar profesion.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia