Harian Metro

Harap tiada peningkata­n mendadak kes pasca raya

-

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjangkak­an tiada peningkata­n mendadak kes Covid-19 pada minggu depan selepas 14 hari sambutan perayaan Aidilfitri.

Beliau berkata, jika jangkaanny­a itu tepat, ia membuktika­n rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika meraikan perayaan berkenaan.

“Kalau kita lihat kepada trend setakat ini dah lapan hari kita meraikan Hari Raya Aidilfitri dan tiada peningkata­n kes.

“Ini menunjukka­n kepatuhan rakyat Malaysia kepada SOP. Kita jangkakan minggu depan pun mungkin tidak ada kes mendadak selepas hari raya,” katanya, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, jika tiada peningkata­n kes dalam tempoh itu, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memberi kelonggara­n kepada sektor lain beroperasi termasuk kaunter pendaftara­n.

Bagaimanap­un, katanya, KKM menggalakk­an kaunter pendaftara­n di semua jabatan menyediaka­n perkhidmat­an secara dalam talian bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

Ditanya mengenai garis panduan kepada institut latihan memandu yang dibenarkan beroperasi semula mulai hari ini, beliau berharap pihak terbabit dan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan.

“Mereka yang perlu mengambil lesen (latihan memandu) kena patuh SOP iaitu penjarakan sosial, menggunaka­n pelitup muka dan mencuci tangan.

“SOP itu dah ada, jadi kita kena kerap disinfeksi tempat awam dan tempat yang kerap digunakan seperti kenderaan,” katanya.

Menurutnya, pematuhan itu penting bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia