Harian Metro

Tebuan boleh sengat berkali-kali: Pakar

-

Kuala Lumpur: Tebuan atau hornet dalam istilah Inggeris adalah daripada kumpulan famili serangga Vespidae yang mempunyai keupayaan menyengat mangsanya berkali-kali.

Timbalan Dekan Akademik, Alumni dan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Nur Azura Adam berkata, ia berbeza dengan lebah yang hanya boleh melakukan sekali sengatan sebelum serangga itu mati.

Beliau berkata, hasil beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati di Semenanjun­g Malaysia terdapat 69 spesies tebuan.

“Daripada 69 spesies tebuan ini, sekitar 23 spesies adalah tergolong dalam kumpulan genus Vespa. Tebuan tanah dan tebuan gergasi adalah dua spesies yang berbahaya dalam kumpulan genus Vespa.

“Tebuan membina sarang sama ada di atas pokok atau tanah. Saiz satu koloni tebuan tidak sebesar koloni lebah.

“Selalunya di dalam satu sarang atau koloni hanya terdapat 20 hingga 30 ekor tebuan saja.

“Kebolehan seekor tebuan menyengat berkali-kali boleh menjadi punca kenapa tahap serangan menjadi lebih bahaya kerana tahap toksin di dalam venomnya. Kalau seekor tebuan boleh menyengat berulang kali, apatah lagi kalau sekumpulan tebuan,” katanya.

Beliau mengulas serangan tebuan terhadap kanak-kanak perempuan yang disahkan meninggal dunia awal pagi semalam selepas kritikal akibat terkena lebih 60 sengatan di Felda Kerteh 4, Dungun, Jumaat lalu.

Mangsa, Nur Nazihah Mohd Sabri meninggal dunia pada jam 1.35 pagi ketika dirawat di Hospital Sultanah

Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Dr Nur Azura berkata, tebuan akan menyerang apabila ia rasa terancam contohnya jika ada gangguan terhadap sarang menempatka­n koloni serangga itu.

“Apabila ia diganggu, secara semula jadinya ia akan cuba mempertaha­nkan diri. Lebih-lebih lagi bagi jenis serangga yang hidup dalam koloni.

“Untuk mempertaha­nkan koloni dan sarangnya, ia akan cuba mengatasi gangguan itu dan untuk tebuan adalah dengan cara menyengat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia