Harian Metro

‘Panggilan buat kami ceria’

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Kuala Terengganu terima sumbangan

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@ hmetro.com.my

“Terima kasih kepada Harian Metro dan rakan penaja yang lain.”

Ungkapan itu tidak lekang dari mulut penyelia Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Kuala Terengganu selepas dimaklumka­n antara penerima Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Ramadan 2020.

S Kumari berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan menyatakan pusat penjagaan yang menawarkan kemudahan pembelajar­an, aktiviti kesukanan serta aktiviti minda dan motivasi untuk golongan istimewa itu menerima sumbangan RM5,000.

“Mula-mula saya ingatkan ada kesilapan, tetapi selepas mendengar penjelasan daripada pihak Harian Metro, memang saya gembira sangat dan akan menggunaka­n duit itu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Kumari, pusat penjagaan yang terletak di Padang Midin di sini, ditubuhkan sejak 14 tahun lalu menempatka­n 30 penghuni yang terdiri daripada mereka yang hiperaktif, sindrom

Down, terencat akal dan masalah mental berusia sembilan hingga85ta­hun.

Katanya, pusat penjagaan itu mampu menempatka­n kira-kira 30 penghuni pada satu-satu masa.

“Kebanyakan penghuni dihantar ahli keluarga selain ada juga yang tinggal bersendiri­an di mana saya dan suami tinggal di sini bersama mereka manakala dua lagi kakitangan bekerja mengikut waktu pejabat.

“Kami tidak mengenakan sebarang bayaran namun kita terima bayaran tanpa mengira jumlah jika ada ahli keluarga mahu membuat bakatanya yaran,” yang mula menguruska­n pusat jagaan itu sejak 13 tahun lalu.

Katanya segala perbepusat lanjaan jagaan itu seperti bekalan makapenjag­aan nan, harian seperti lampin pakai buang, ubat-ubatan, air dan elektrik menggunaka­n wang sumbangan sama ada daripada indiswasta vidu, atau badan bukan kerajaan (NGO). “Kita memang berharap pada sumbangan orang. Kita menerima apa sahaja sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit, makanan atau barangan.

“Boleh dikatakan, ada beberapa pihak memang sentiasa membantu sekiranya kami memerlukan barangan keperluan asas seperti beras, gula dan sebagainya,” katanya.

Mengulas mengenai aktiviti sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Kumari berkata, semua penghuni hanya menghabisk­an masa di pusat jagaan itu selain tiada sebarang lawatan dibenarkan.

“Biasanya, kita akan bawa mereka berjalan-jalan di sekitar bandar raya Kuala Terengganu untuk beriadah, namun sejak PKP dan PKPB, mereka hanya duduk di rumah sahaja.

“Mereka ini golongan yang istimewa, jadi saya bersama suami, A Sunill serta dua lagi kakitangan cuba melakukan pelbagai aktiviti supaya mereka tidak bosan,” katanya.

Program TKHM Ramadan 2020 yang memasuki tahun ke-13 berjaya mengumpulk­an dana berjumlah RM65,000 untuk disumbangk­an kepada 13 rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya di Semenanjun­g.

Empat daripada rumah kebajikan berkenaan ditaja oleh LPT2 di kawasan Pantai Timur manakala selebihnya oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

 ??  ?? KUMARI (tengah) bersama 30 penghuni yang terdiri daripada mereka yang berusia antara sembilan hingga 85 tahun.
KUMARI (tengah) bersama 30 penghuni yang terdiri daripada mereka yang berusia antara sembilan hingga 85 tahun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia