Harian Metro

Syurga buat Pak Aq

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

“Sayu hati, banyak perkara sempat kami kongsikan bersama, keinginan, hajatnya dan doanya masa awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).”

Itu luahan pendakwah bebas, Ebit Liew yang kisahnya membantu Ishak Darus, 77, atau Pak Ishak dan keluargany­a pernah mendapat liputan meluas bulan lalu.

Ebit datang memujuk dan membantu keluarga itu berpindah ke rumah baharu dari rumah lamanya yang serba daif pada April lalu.

Pak Ishak meninggal dunia 8.30 pagi semalam di rumah mereka di Lorong Fajar, Taman Uda, Jalan Sultanah, Kedah.

Menerusi catatan di Facebook rasminya, Ebit berkata, beliau menerima berita kematian Pak Aq Kedah (Pak Ishak) pagi semalam.

“Pak Aq ingin menyediaka­n tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa.

“Malah, dia ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik dan sayu masa dapat angkat Pak Aq bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baharu.

“Saya cakap kepadanya mungkin esok lusa kita dah tiada, baki hidup ini kita siapkan bekalan dengan mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan,” katanya.

Ebit berkata, walaupun hanya sekejap mengenali

Pak Aq namun cukup memberi pengajaran kehidupan buatnya.

“Waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team (pasukan).

“Terima kasih penduduk setempat dan AJK masjid, JKKK dan semua yang membantu menguruska­n pengebumia­n Pak Aq hari ini (semalam). Allah sayang semua.

“Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq, semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas jenazah beliau. Allah jagakan keluargany­a,” katanya.

 ??  ?? EDIT ketika menguruska­n cucu Pak Aq.
EBIT (tiga dari kanan) bersama pasukannya mengangkat Pak Aq ke ambulans dan menguruska­n arwah sekeluarga berpindah ke rumah baharu, April lalu.
EDIT ketika menguruska­n cucu Pak Aq. EBIT (tiga dari kanan) bersama pasukannya mengangkat Pak Aq ke ambulans dan menguruska­n arwah sekeluarga berpindah ke rumah baharu, April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia