Harian Metro

‘Pergi’ selepas hajat tertunai

-

Alor Setar: “Ketika hayatnya, arwah suami pernah beritahu jika hajatnya dapat membawa saya, anak-anak dan cucu berpindah ke rumah yang lebih selesa, itu sudah cukup bermakna buatnya sebelum dia meninggal dunia.

“Sekarang semuanya sudah tertunai namun dia hanya sempat tinggal di rumah ini selama lebih sebulan sebelum dia pergi buat selamanya,” kata Jamaliah Rejab, 54, iaitu isteri Ishak Darus, 77, atau Pak Ishak.

Menurut Jamaliah, suaminya meninggal dunia, 8.30 pagi semalam di rumah mereka di Lorong Fajar, Taman Uda, Jalan Sultanah.

Katanya, arwah menghidap angin ahmar tidak berselera makan sejak beberapa hari lalu dan hanya tidur sepanjang hari sejak mereka berpindah ke rumah baharu.

“Saya rasa kehilangan sebab kami pernah hidup susah senang bersama di rumah lama di Lorong Gedebang, Jalan Langgar sebelum ini.

“Kami hanya tahu dia sudah tiada apabila mak cik yang datang cuci luka di kaki saya (akibat kencing manis) pagi tadi (semalam) beritahu, arwah suami dah meninggal apabila tiada tindak balas dan saya ingatkan dia tidur, ” katanya di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, arwah tidak dapat bercakap akibat angin ahmar hanya mampu berkomunik­asi menggunaka­n isyarat tangan, malah suaranya juga tidak jelas.

Katanya, jam 7 pagi semalam, dia menunjukka­n dadanya sakit dengan menggosok tangan pada dadanya kepada anak lelaki sulung mereka.

“Anak saya sapu minyak pada dadanya sebelum dia hendak keluar bekerja dan lepas itu dia tidur.

“Tak lama kemudian baru saya dimaklumka­n arwah dah tak ada,” katanya.

Kisah Pak Ishak dan keluargany­a pernah mendapat liputan meluas bulan lalu apabila pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew datang memujuk dan membantuny­a berpindah ke rumah baharu dari rumah lamanya yang serba daif, April lalu.

Pak Ishak mempunyai isteri yang tidak bekerja dan 10 anak iaitu tiga lelaki dan tujuh perempuan masing-masing berusia 33 hingga 17 tahun.

Lapan daripada 10 anak Pak Ishak tinggal bersamanya di rumah lama di Lorong Gedebang yang menjadikan keseluruha­n isi rumah yang menetap di situ seramai 20 orang.

Sementara itu, Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil berkata, pihaknya bersama penduduk kawasan itu akan berusaha membantu membuat kutipan kecil bagi menguruska­n pengebumia­n arwah Pak Ishak.

Beliau berkata, jenazah Pak Ishak akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda selepas solat Asar.

Jawatankua­sa Peduli Rakyat penduduk taman itu, Nasir Ismail berkata, beliau sudah menghubung­i Ustaz

Ebit Liew untuk memaklumka­n berita kematian Pak Ishak pagi semalam.

Katanya, pihaknya juga akan membantu menguruska­n keluarga arwah sejurus urusan pengebumia­n selesai petang ini.

“Kami tak bantu banyak, cuma yang perlu saja, malah sejak mereka berpindah sini kami banyak membantu menguruska­n mereka,” katanya.

 ??  ?? MUSTAFA (kiri) bersama jemaah Masjid Sultanah Bahiyah membacakan doa untuk jenazah
Pak Ishak.
MUSTAFA (kiri) bersama jemaah Masjid Sultanah Bahiyah membacakan doa untuk jenazah Pak Ishak.
 ??  ?? JAMALIAH (tengah) bersama arwah Pak Aq dan cucu di rumah sewa baharu di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di sini.
JAMALIAH (tengah) bersama arwah Pak Aq dan cucu di rumah sewa baharu di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia