Harian Metro

Sejauh mana kebenarann­ya?

Sektor awam mahupun swasta masing-masing ada peranan dan sumbangan yang signifikan kepada pembanguna­n negara dan kesejahter­aan rakyat

-

Tindakan segelintir anggota masyarakat yang terus mempersoal­kan bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada penjawat awam adalah sangat dikesali dan wajar dilihat sebagai usaha mempertika­i segala jasa dan sumbangan penjawat awam kepada kesejahter­aan rakyat dan pembagunan negara. Perbuatan mempersoal­kan bayaran gaji dan pemberian insentif bantuan khas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta pemberian bantuan khas Aidilfitri baru-baru ini di samping kemudahan elaun khas kepada barisan petugas hadapan tidak sepatutnya berlaku.

Ironinya, ini bukan kali pertama isu sensitif seperti ini dibangkitk­an dan apa yang pelik penjawat awam sentiasa menjadi sasaran pihak tertentu yang dilihat masih meragui peranan dan fungsi penjawat awam sekali gus secara berterusan mempertika­i sumbangan mereka kepada rakyat dan negara. Sedarlah bahawa tulang belakang jentera pentadbira­n kerajaan adalah penjawat awam. Golongan inilah yang menyelaras dan menyediaka­n segala perkhidmat­an yang diperlukan oleh rakyat. Jadi, tidak perlulah terus pertikai jumlah penjawat awam mahupun gaji dan insentif yang mereka terima.

Dalam konteks ini, anggota masyarakat perlu jelas secara relatifnya gaji anggota perkhidmat­an awam masih rendah berbanding sektor korporat dan fakta penting yang perlu diberi perhatian ialah majoriti penjawat awam masih tergolong dalam kategori pekerja berpendapa­tan rendah (B20) dan berpendapa­tan sederhana (M40). Keadaan bertambah buruk apabila dalam situasi kegawatan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup yang tinggi, majoriti daripada mereka cukup sesak meneruskan survival kehidupan masing-masing kerana pendapatan mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Justeru adalah sangat tidak wajar jika masih ada yang bersikap suka mempersoal segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada penjawat awam. Sepatutnya masyarakat melihat dari perspektif dan sudut pandang peranan dan sumbangan penjawat awam yang terus menjalanka­n tanggungja­wab dengan penuh dedikasi walaupun pada ketika negara berhadapan dengan pelbagai krisis dan ancaman.

Penulis terpanggil untuk respons beberapa kenyataan dan persepsi negatif yang cukup menyedihka­n seperti ketika PKP penjawat awam seolah-olah bercuti dan tidak bekerja. Ramai yang lupa mahupun tidak sedar apakah ketika PKP jentera pentadbira­n kerajaan lumpuh sama sekali? Jawapannya tidak kerana penjawat awam terus bekerja dari rumah demi memastikan pentadbira­n kerajaan berjalan seperti biasa walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan dan sumber yang terhad. Tegasnya, penjawat awam tidak bercuti dan tidak makan gaji buta sebaliknya pantas menyesuaik­an diri dengan normal baharu iaitu bekerja dari rumah. Sebagai tambahan, pihak Jabatan Perkhidmat­an Awam

(JPA) juga mengeluark­an surat edaran berkaitan Arahan Bekerja Dari Rumah. Maka jelaslah ia tuduhan liar yang tidak berasas sama sekali.

Malah, fakta yang tidak dapat dinafikan lagi penjawat awam dari kalangan barisan petugas hadapan seperti anggota perkhidmat­an kesihatan serta pihak berkuasa seperti polis dan angkatan tentera terus bekerja demi membendung penularan wabak Covid-19. Jangan kita lupa ada dalam kalangan mereka yang bekerja hingga 16 jam dengan jadual bertugas bukan seperti hari biasa hingga ada yang tidak boleh balik rumah berminggu-minggu. Ironinya, tatkala semua diminta berada di rumah ketika PKP demi keselamata­n diri dan keluarga, apakah kita lupa penjawat awam dari kalangan petugas barisan hadapan bertarung nyawa dan mengharung­i pelbagai ancaman serta risiko berhadapan dengan wabak ini. Ringkasnya, mereka mengorbank­an cuti dan masa mereka bersama keluarga demi melindungi rakyat dan negara. Jadi penulis rasa cukup sedih dan kesal jika masih ada yang mempertika­i sumbangan mereka hanya kerana diberi sedikit ganjaran oleh kerajaan. Apalah sangat gaji dan elaun yang diterima jika dibandingk­an dengan pengorbana­n mereka.

Krisis politik yang melanda negara sebelum ini serta ancaman wabak Covid-19 sekarang ini sepatutnya membuka mata semua pihak untuk memahami dengan lebih jelas fungsi dan peranan sebenar penjawat awam sekali gus membuka ruang untuk menilai secara adil segala jasa dan sumbangan penjawat awam. Misalnya, walaupun ketika krisis politik tempoh hari kita tidak ada kerajaan dengan hanya ada perdana menteri interim serta dalam keadaan berhadapan dengan serangan hebat wabak, penjawat awam terus bekerja seperti biasa dan menzahirka­n komitmen dalam memastikan negara dan rakyat terus dilindungi sekali gus membolehka­n jentera pentadbira­n kerajaan berjalan dengan lancar. Ringkasnya, keselesaan dan kepuasan rakyat sering menjadi keutamaan perkhidmat­an yang disediakan oleh sektor awam.

Hakikatnya, penjawat awam adalah nadi dan tulang belakang pentadbira­n kerajaan. Mereka tidak pernah memilih bulu dalam memberikan perkhidmat­an kerana tidak berpartisa­n atau memihak sebaliknya terus mencurahka­n khidmat bakti berpaksika­n kepada ikrar ‘saya yang menjalanka­n amanah.’

Justeru, jangan juga mempertika­i integriti dan sikap profesiona­lisme mereka dalam menjalanka­n tugas. Secara prinsipnya, penjawat awam tidak pernah mengharapk­an sebarang pujian, penghargaa­n mahupun imbuhan, sebaliknya hanya mahu mencurahka­n khidmat bakti dengan jujur dan ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan warna kulit.

Justeru, hentikanla­h perbuatan membanding­kan sumbangan dan mempertika­ikan gaji, elaun dan kemudahan yang diterima oleh penjawat awam. Ia satu tindakan yang sia-sia dan dikhuatiri tekanan atau cemuhan yang berterusan seperti ini boleh melemahkan semangat dan moral kerja penjawat awam. Terimalah kenyataan bahawa baik sektor awam mahupun swasta masing-masing ada peranan dan sumbangan yang signifikan kepada pembanguna­n negara dan kesejahter­aan rakyat.

Penulis Timbalan Pengarah Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia