Harian Metro

Perjuangan sebenar bermula selepas Ramadan

-

Selepas kita berpenat menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan lalu dan berjaya menghidupk­an siang dan malamnya dengan ibadah, maka tiba Syawal sebagai anugerah Allah buat hamba yang beriman.

Anugerah kembali kepada fitrah manusiawi yang perlu makan, minum dan kehidupan suami isteri yang diciptakan sebagai memenuhi fitrah kejadian makhluk yang bernama manusia.

Jika bulan Ramadan kita patuh kepada segala perintah dan larangan-Nya, maka begitu sepatutnya kita mentaati-Nya selepas Ramadan. Justeru, Syawal penentu sejauh mana diri kita yang sebenar, sama ada kita menjadi hamba kepada Ramadan atau hamba Allah yang sebenar.

Kesan Ramadan kini jelas apabila tibanya Syawal. Ini kerana jihad yang sebenar apabila kita berhadapan musuh iaitu syaitan yang muncul selepas dirantai sepanjang Ramadan.

Lihat sejauh mana solat berjemaah, solat pada awal waktu, qiamullail dan tadarus al-Quran yang dilakukan sepanjang Ramadan lalu, adakah ia masih berterusan atau bagaimana?

Jika masih kekal sehingga hari ini, bermakna kita berjaya dalam jihad ini. Namun jika sebaliknya, maka sesungguhn­ya kita tewas sebelum jihad bermula.

Syawal menyaksika­n peristiwa perang Ahzab yang dikenali sebagai perang Khandak. Khandak bermaksud parit kerana dalam peperangan ini umat Islam diarah menggali parit mengelilin­gi kota Madinah untuk menghadapi tentera bersekutu daripada golongan Yahudi bani Nadir dan Musyrikin Mekah.

Allah merakamkan kisah ini di dalam al-Quran (al-Nisa: 51-52) dan sesungguhn­ya mereka dilaknat Allah dan sesekali tidak akan beroleh pertolonga­n.

Menurut Sheikh Muhammad al-Buti bahawa peristiwa ini berlaku pada Syawal tahun kelima hijrah ketika Rasulullah dan umat Islam keluar untuk meraikan solat Aidilfitri (Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah).

Menurut Sheikh Muhammad Abdul Wahhab bahawa Yahudi melihat kemenangan besar Musyrikin dalam perang Uhud sebagai peluang mereka mengalahka­n Islam di Madinah, lalu mereka pergi ke Makkah bertemu pemimpin Quraisy seperti Abu Sufyan untuk berunding (Mukhtasar Sirah al-Rasul).

Al-Quran menceritak­an kemenangan Islam dalam surah al-Ahzab secara khusus yang turun pada hari peperangan Ahzab (al-Ahzab: 9-22) yang menguji jiwa orang mukmin yang ikhlas dan orang munafik yang sentiasa mengambil kesempatan.

Begitu makna Syawal yang mesti diterjemah­kan dalam kehidupan seorang Muslim yang berjaya mengharung­i Ramadan, peristiwa Ahzab membuktika­n bahawa perjuangan yang sebenar bermula selepas Ramadan apabila seseorang itu mampu meneruskan kejayaanny­a yang dicapai pada Ramadan lalu.

Lihat bagaimana umat Islam menyambut Syawal dengan kemenangan menghadapi tentera bersekutu, maka ini simbolik Syawal yang mesti difahami sebagai bulan jihad dan bulan melawan musuh sama ada syaitan mahupun hawa nafsu.

Beberapa amalan yang mesti ditambah khususnya pada bulan Syawal seperti puasa sunat enam hari yang menjadi amalan Rasulullah kerana ganjaranny­a menyamai puasa sepanjang tahun (Muslim). Semoga Syawal ini menjadi bulan penentu kejayaan kita yang sebenar.

Penulis adalah pensyarah Management & Science University (MSU)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia