Harian Metro

‘Ini mengarut, politik Melaka tak golak’

-

Melaka: “Ini mengarut, tiada pergolakan politik di negeri Melaka,” ujar Naib Ketua Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaidi Attan mengulas desas-desus berlaku perselisih­an faham antara pemimpin negeri berkenaan.

Dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam berkata, cerita disebarkan itu hanya mainan pihak tertentu yang cuba memberi gambaran kurang senang terhadap kestabilan politik di negeri berkenaan ketika ini.

Beliau berkata, tiada pertelingk­ahan dalaman Umno sehingga dikatakan tiga exco dari parti itu berniat menukar haluan.

Menurutnya, hubungan semua ahli Umno dan exco dilihat amat baik dalam menangani isu Covid-19 selain berusaha membangunk­an Melaka selepas mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri ini.

“Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali melaksanak­an tugasan yang amat baik dan jelas menyatukan semua ahli Umno dan kepemimpin­an PN termasuk empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan yang bersama-sama membentuk kerajaan baharu di Melaka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh juga bertindak bijak menangani sebarang bentuk cubaan mana-mana pihak yang mahu merenggang­kan ikatan Pakatan Nasional (PN) di Melaka.

Laporan media sosial sebelum ini mendakwa kononnya ada pemimpin Umno berhasrat untuk berundur dari PN.

Zaidi berkata, rakyat juga muak dengan spekulasi liar yang hanya melaga-lagakan pimpinan kerajaan ketika fokus terarah kepada memulihkan pandemik Covid-19 dan ekonomi.

Sebelum ini, Sulaiman turut menolak dakwaan kononnya seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) akan dipecat kerana tidak sehaluan dengannya.

Beliau berkata, kenyataan yang tular di media sosial itu dianggap sebagai tidak bertanggun­gjawab, berniat jahat dan mahu mencetuska­n rasa tidak harmoni dalam kalangan kepemimpin­an negeri.

Sambil menyatakan dakwaan itu sebagai mengarut dan kehabisan modal pihak tertentu, Sulaiman mahu ia segera dihentikan bagi memastikan perancanga­n pembanguna­n negeri dapat dilaksanak­an dengan sempurna.

“Mengarut. (Mereka) dah kehabisan modal. Cukuplah, jangan asyik berpolitik saja, rakyat sudah muak. (Sebaliknya) tumpu kepada memulihkan ekonomi negeri dan pandemik Covid-19.

“Belajar dari kerajaan terdahulu yang ditolak dan akhirnya tumbang kerana asyik berpolitik. Lebih baik bekerjasam­a membina dan memacu Melaka ke arah yang lebih baik,” katanya.

Tiada pertelingk­ahan dalaman Umno hingga tiga exco berniat tukar haluan

 ??  ?? ZAIDI
ZAIDI
 ??  ?? SULAIMAN
SULAIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia