Harian Metro

‘Itu adalah hal dalaman parti’

Rakaman audio dibocor tidak menjadi masalah

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman am@hmetro.com.my

Segala bentuk rakaman audio yang dibocorkan dalam parti Bersatu atau Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu tidak menjadi masalah kepada Umno, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, isu berkenaan adalah hal dalaman parti terbabit dan pihaknya akan terus menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menumpukan perhatian kepada agenda membela rakyat di negara ini.

“Apa pun rakaman atau versi pemberitaa­n yang berlaku dalam Bersatu dan Pakatan Harapan pada Februari lalu atau sebelumnya tidak menjadi masalah ke- pada Umno dan MN.

“Itu hal ehwal dalaman parti terbabit, kita akan terus sokong kepemimpin­an PM dan tumpu kepada agenda membela rakyat. Cukuplah politik memanjang,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas rakaman audio dipercayai suara pemimpin kanan Bersatu yang mengatakan Ahli Parlimen Umno dapat diyakinkan untuk berpaling tadah sekiranya mereka ditawarkan jawatan sebagai menteri atau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pemimpin Bersatu itu merancang menarik seramai mungkin pemimpin Umno menyertai parti berkenaan, malah dalam klip yang dibocorkan itu ia juga mendesak dewan tertinggi Bersatu untuk mempercaya­i Tun Dr Mahathir Mohamad.

Difahamkan, rakaman audio itu dirakam hanya beberapa jam sebelum terjadinya satu gerakan dari beberapa parti yang disebut sebagai Langkah Sheraton.

Bersatu yang diketuai Muhyiddin menjalinka­n kerjasama dengan Umno, BN serta MN dan mewujudkan gabungan Perikatan Nasional (PN) sehingga berjaya mengambil alih pemerintah­an Dr Mahatihir selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan menjatuhka­n pentadbira­n PH.

‘ Apa pun rakaman atau versi pemberitaa­n yang berlaku dalam Bersatu dan Pakatan Harapan pada Februari lalu atau sebelumnya tidak menjadi masalah kepada Umno dan MN”

Annuar Musa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia