Harian Metro

Berita gembira buat tiga

Gelandanga­n berlindung di PPGS dapat kerja SWM Environmen­t

- Oleh Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

“Selama lebih lima tahun saya mencari pekerjaan. Semua temu duga yang saya hadiri tidak berjaya. Saya harap pekerjaan kali ini kekal sehingga pencen,” kata Farid Zulkifli.

Farid, 32, antara tiga gelandanga­n yang berjaya dalam temu duga diadakan dan akan memulakan kerja dengan syarikat konsesi sisa pepejal, SWM Environmen­t Sdn Bhd (SWM Environmen­t) Negeri Sembilan bermula hari ini.

Bekas pelatih Giat Majlis Amanah Rakyat (Mara) Pahang berasal dari Bahau Negeri Sembilan itu berkata, dia terharu apabila mendapat kerja dengan syarikat berkenaan.

Anak keenam daripada sembilan beradik yang belum berumahtan­gga itu berkata, hasratnya untuk membuka lembaran baharu dalam hidupnya kini terlaksana dengan pekerjaan baharu yang akan dimulakann­ya.

“Selama ini, saya merantau mencari kerja di Seremban dan serata tempat di negeri ini tetapi tiada satu yang berjaya dan memuaskan hati.

“Saya balik ke kampung dan melakukan pelbagai kerja untuk membantu keluarga sehinggala­h saya terjebak dengan kumpulan gelandanga­n di Terminal One Seremban bermula awal tahun ini.

“Niat saya hanya untuk membantu meringanka­n beban ibu bapa dan memperkuku­hkan ekonomi keluarga,” katanya ditemui di Pusat Perpindaha­n Gelandanga­n Sementara (PPGS) di Dewan Orang Ramai, Taman Tasik Jaya, Paroi di sini.

Terdapat 21 gelandanga­n ditempatka­n di pusat itu selepas mereka diselamatk­an Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuas­akan bagi menangani penularan wabak Covid-19, 18 Mac lalu.

Bagi Nazelan Che Nordin, 32, yang turut berjaya dalam temu duga berkenaan dan akan memulakan kerja dengan syarikat terbabit hari ini berkata, dia lega apabila impiannya untuk mendapat pekerjaan tetap akhirnya tercapai.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, seramai 19 daripada 21 gelandanga­n di PPGS berpeluang mendapat pekerjaan selepas mereka disaring dari segi kesihatan dan keupayaan mereka.

Katanya, Bahagian Perkhidmat­an Pekerjaan, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) Negeri Sembilan adalah agensi yang mengendali­kan sesi temu duga terbabit dengan beberapa syarikat dan hanya tiga daripada mereka berjaya serta diterima bekerja dengan SWM Environmen­t bermula 1 Jun ini.

Tiga diterima bekerja dengan SWM Environmen­t

bermula hari ini

 ??  ??
 ??  ?? NICOLE
NICOLE
 ??  ?? FARID
FARID
 ??  ?? NAZELAN
NAZELAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia