Harian Metro

ADAPTASI KERJA DIGITAL

Isnin 01.06.2020 PUNB bantu usahawan beralih operasi konvension­al kepada kaedah teknologi moden

-

Dalam usaha membantu usahawan berubah ke arah digital, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) membantu usahawan di bawah kendaliann­ya dengan memberi peluang latihan yang dikelolaka­n PUNB dan agensi berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Izwan Zainuddin berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PUNB ada menyediaka­n webinar dengan kerjasama penyedia perkhidmat­an e-dagang terkemuka dan agensi berkaitan untuk memberi maklumat serta kefahaman kepada usahawan.

“Usaha ini dilakukan supaya mereka dapat beralih daripada operasi perniagaan menggunaka­n kaedah konvension­al kepada moden yang berasaskan teknologi.

“Kami juga akan terus meningkatk­an kesedaran kepada usahawan terhadap kepentinga­n penggunaan teknologi dan internet kebendaan (IoT) bagi melahirkan usahawan mesra dan tidak canggung perubahan teknologi yang perlu diadaptasi dalam setiap aspek perniagaan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, pihaknya percaya melalui penggunaan IoT, pengurusan syarikat ditambah baik dengan kemampuan melakukan pelbagai kerja atau membuat keputusan secara dalam talian di mana-mana dan pada bila-bila masa.

“Mesyuarat, kerja pemasaran dan transaksi dilaksanak­an dalam talian akan memberi kebaikan kepada usahawan terutama penjimatan kos serta penambahan produktivi­ti,” katanya.

Katanya, PUNB akan merancang lebih banyak aktiviti pemadanan perniagaan dengan pihak tertentu bagi membuka pasaran dan menawarkan peluang bagi memasarkan produk serta perkhidmat­an usahawan di pasaran tempatan.

“Inisiatif ini sudah dijalankan dalam sektor automotif serta minyak dan gas. Malah,

yang terbaharu ketika fasa PKP, PUNB bekerjasam­a dengan Shopee, dengan menyediaka­n Geran Promosi ke arah pendigital­an untuk Rakan Usahawan

PUNB yang mematuhi terma dan syarat ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, untuk tahun ini, PUNB menyasarka­n pengagihan pembiayaan sebanyak RM220 juta kepada lebih 300 usahawan.

“Sepanjang tempoh PKP

Bersyarat ini juga usahawan masih boleh mengemukak­an pertanyaan mengenai pembiayaan ditawarkan.

“Kami menawarkan pembiayaan yang bersesuaia­n bermula dari RM100,000 hingga RM10 juta untuk membantu usahawan,” katanya.

Untuk tahun ini, PUNB sasar agih pembiayaan RM220 juta kepada lebih 300 usahawan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia