Harian Metro

Aktiviti pasaran gelap ancam pekerjaan

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 83 peratus pembayar cukai mahu kerajaan mendapatka­n semula hasil cukai yang hilang disebabkan ekonomi atau pasaran gelap bagi melindungi pekerjaan dan memulihkan kembali ekonomi disebabkan pandemik Covid-19.

Firma penyelidik­an pasaran, Green Zebras Sdn Bhd dalam kajiannya mendapati 78 peratus responden juga bersetuju bahawa aktiviti pasaran gelap mengancam pekerjaan dan menjejaska­n prestasi perniagaan.

Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Green Zebras, Steve Murphy berkata, perkara itu berdasarka­n kaji selidik pihaknya mengenai persepsi rakyat Malaysia mengenai cukai.

Beliau berkata, ketika rakyat mengisi borang cukai pendapatan persendiri­an sebelum tarikh akhir 30 Jun ini, jaminan pekerjaan dan pertumbuha­n ekonomi adalah perkara paling dibimbangi mereka.

“Daripada kaji selidik itu juga, rakyat Malaysia mahu kerajaan memiliki dana secukupnya bagi membiayai pemulihan ekonomi dan menjamin selamat pekerjaan mereka.

“Malah, sejumlah 45 peratus responden berkata mereka sangat tidak atau sama sekali tidak terjamin pekerjaan mereka dalam situasi semasa.

“Ini menunjukka­n ketidaksel­amatan pekerjaan berada di tahap tertinggi dalam sejarah ketika tempoh yang tidak pernah kita alami ini,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Murphy berkata, melalui kaji selidik itu juga, 11 peratus menyatakan cukai yang dibayar sangat tinggi manakala 35 peratus berkata ia sedikit tinggi.

Beliau berkata, paling menarik, ketika kaji selidik sama dijalankan pihaknya pada tahun lalu, lebih banyak responden merasakan cukai mereka terlalu tinggi sebelum berlaku krisis Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia