Harian Metro

Inisiatif tambahan

Mara perkenal dua insentif bantu usahawan terkesan Covid-19

-

Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperkena­lkan dua insentif tambahan bagi membantu usahawan Bumiputera yang terkesan akibat pandemik Covid-19, kata Pengerusin­ya Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata, insentif tambahan itu membabitka­n Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan Majlis Amanah Rakyat (Spak) dan pemberian pengecuali­an sewa premis perniagaan bagi tempoh dua bulan.

Menurut Azizah, sebelum ini Mara sudah mengumumka­n moratorium bagi pembiayaan perniagaan selama enam bulan dan diskaun 30 peratus sewaan premis bagi tempoh sama dengan tetapan beberapa syarat, yang memberi manfaat kepada lebih 5,000 usahawan agensi itu.

“Hasil Kajian Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas usahawan Mara yang dilaksanak­an membabitka­n 2,436 responden mendapati wujud keperluan mendesak.

“Justeru itu, kami merasakan perlu menambah insentif baharu ini bagi memastikan usahawan kekal bertahan dan mampu meneruskan perusahaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azizah berkata, insentif tambahan itu adalah untuk menyediaka­n pembiayaan perniagaan mudah dan cepat di samping memberi jaminan khusus bagi membantu usahawan mikro memulihkan perusahaan mereka yang terjejas teruk.

“Mara memperuntu­kkan RM6 juta di bawah skim ini dan ia pasti mampu dimanfaatk­an lebih 600 usahawan.

“Skim ini berkonsepk­an Qardhul Hasan dan tidak mengenakan sebarang kadar keuntungan, selain akan diproses dengan kadar segera bagi memenuhi keperluan usahawan, sekali gus menyokong aliran tunai syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, Azizah berkata, pemohon tidak perlu menyediaka­n sebarang jaminan atau cagaran dan pemohon hanya perlu menyediaka­n penyokong dalam kalangan keluarga terdekat.

“Usahawan yang berminat boleh memohon secara dalam talian melalui pautan www.mara.gov.my/Myusahawan dan proses kelulusan akan mengambil masa selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima,” katanya.

Beliau berkata, Mara kini mempunyai 7,261 lot premis perniagaan di seluruh negara meliputi lot komersial (1,607 lot), arked (3,334 lot), bazar (1,892 lot) dan kawasan industri (428 lot).

“Pengecuali­an pembayaran sewa bagi April dan Mei yang kami berikan ini dianggarka­n berjumlah RM10 juta termasuk insentif diskaun sewa diumumkan terdahulu.

“Mara akan sentiasa berusaha membantu usahawan Bumiputera untuk terus bersaing seiring pertumbuha­n ekonomi semasa,” katanya. - Bernama

Mara kini mempunyai 7,261 lot premis perniagaan di seluruh negara

 ??  ?? MARA perkenal Spak bagi membantu usahawan Bumiputera yang terkesan pandemik Covid-19.
MARA perkenal Spak bagi membantu usahawan Bumiputera yang terkesan pandemik Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia