Harian Metro

Labur Raya tanam minat menabung

-

‘ Ketiga-tiga unit amanah harga tetap ini diniagakan pada harga RM1 seunit dan mempunyai risiko rendah sesuai untuk pelaburan jangka panjang seperti membina tabung pendidikan”

ASNB

Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) melancarka­n semula kempen tahunan sempena Aidilfitri, Labur Raya untuk menanam minat menabung dalam kalangan kanak-kanak.

Diperkenal­kan buat kali pertama pada 2017, kempen itu menggalakk­an ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga supaya melaburkan duit raya yang diterima anak-anak mereka dalam unit amanah ASNB.

Kempen kali ini menawarkan duit raya berjumlah RM200,000 dalam bentuk unit amanah ASNB untuk dimenangi 830 pemenang yang akan dipilih secara rawak berdasarka­n nilai pelaburan mereka.

Dalam satu kenyataan, ASNB berkata, mereka yang berminat hanya perlu membuka akaun atau membuat pelaburan tambahan untuk pelabur berusia 18 tahun ke bawah sama ada dalam Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Bumiputera 2 atau Amanah Saham Bumiputera 3 Didik.

“Ketiga-tiga unit amanah harga tetap ini diniagakan pada harga RM1 seunit dan mempunyai risiko rendah sesuai untuk pelaburan jangka panjang seperti membina tabung pendidikan,” menurut syarikat itu.

ASNB berkata, pelaburan boleh dibuat melalui pilihan dalam talian yang disediakan seperti aplikasi myASNB serta platform ejen ASNB.

Pelaburan itu mesti dibuat sepanjang tempoh kempen berlangsun­g iaitu dari 28 Mei lalu hingga 31 Julai depan dan pemenang akan diumumkan tiga bulan selepas tarikh tutup.

ASNB menjelaska­n pelaburan di awal usia kanak-kanak membolehka­n ibu bapa mempunyai lebih masa untuk membina tabung pendidikan serta dapat memilih kaedah lebih fleksibel dalam menentukan jumlah pelaburan setiap bulan mengikut kemampuan.

Melalui konsep kuasa kompaun pula, modal pelaburan dan dividen tahunan yang diterima akan terus berkembang dari tahun ke tahun, jika tidak dikeluarka­n.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, sebagai ibu bapa adalah penting untuk menerapkan minat menabung dan melabur dalam diri anak demi menjamin masa depan yang lestari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia