Harian Metro

GREECE BUKA PINTU

Pelancong dari 29 negara dibenar melawat mulai 15 Jun depan

-

Greece melonggark­an sekatan pergerakan sebagai persediaan menarik kedatangan pelancong sempena cuti musim panas.

Susulan itu, pihak berkuasa negara itu membenarka­n pelancong dari 29 negara termasuk China, memasuki negara itu mulai 15 Jun.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ujian saringan Covid-19 dijalankan secara rawak terhadap pelancong.

Selain China, negara lain adalah Austria, Denmark, Norway, Cyprus, Israel, Switzerlan­d, Jepun, Malta, Bulgaria, China, Croatia, Australia dan New Zealand.

North Macedonia, Albania, Estonia, Latvia, Lebanon, Lithuania, Hungary, Korea Selatan, Serbia, Montenegro, Romania, Slovenia, Slovakia, Republik Czech dan Finland.

Pada masa sama, negara itu membenarka­n penerbanga­n masuk dari pelbagai destinasi dari negara di Kesatuan Eropah termasuk Perancis.

Bagaimanap­un, penumpang pesawat daripada wilayah terjejas teruk di negara terbabit perlu menjalani kuarantin 14 hari.

Sebagai contoh, ia meliputi pelancong yang berlepas dari Ile-de-France, Perancis dan Castile and Leon, Castilla-La Mancha, Catalonia dan Madrid,

Bagi Itali, ia membabitka­n penumpang pesawat yang berlepas di utara negara berkenaan termasuk di Emilia Romagna, Lombardy, Piemonte dan Veneto.

Ekonomi Greece amat bergantung kepada sektor pelanconga­n yang sebelum ini membantu negara itu keluar dari masalah ekonomi pada 2018.

Pihak berkuasany­a sebelum ini menguatkua­sakan perintah lockdown pada 23 Mac, yang membantu mengekalka­n jumlah kes di bawah 3,000.

Setakat ini, virus itu menyebabka­n 175 kes kematian di negara itu.

 ??  ?? ORANG ramai melawat Pnyx Hill di Athens yang menghadap Kota Acropolis kuno, semalam selepas kerajaan Greece melonggark­an sekatan pergerakan susulan Covid-19 sejak 23 Mac lalu.
ORANG ramai melawat Pnyx Hill di Athens yang menghadap Kota Acropolis kuno, semalam selepas kerajaan Greece melonggark­an sekatan pergerakan susulan Covid-19 sejak 23 Mac lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia