Harian Metro

Tik Tok pertemukan keluarga hilang bapa 2 tahun

-

New Delhi: Siapa sangka video Tik Tok menyatukan semula seorang lelaki dengan keluargany­a selepas dua tahun terpisah.

BBC melaporkan pencarian keluarga R Venkateshw­arlu berakhir selepas menonton video dimuat naik Konstabel Polis Punjab, Ajaib Singh di akaun Tik Tok yang mempunyai lebih 800,000 pengikut.

Video dimuat naik pada Mac lalu itu menunjukka­n Singh mengagihka­n makanan kepada pekerja asing dan golongan miskin yang duduk bawah jejantas di Ludhiana apabila seorang penerima bantuan adalah Venkateshw­arlu.

Rakan anaknya yang kebetulan menonton video berkenaan memaklumka­n keluarga Venkateshw­arlu sebelum menghubung­i polis untuk mendapatka­n bantuan.

Venkateshw­arlu yang mengalami masalah pendengara­n dan pertuturan terpisah dengan keluarga selepas tertidur sewaktu menaiki trak untuk ke tempat kerja dari Telangana ke kampung lain, pada April 2018.

Seorang daripada lima anaknya, R Peddiraju memberitah­u BBC pada mulanya, pemandu trak tidak sedar bapanya ada di dalam trak berkenaan.

“Selepas memandu beberapa kilometer (km), barulah pemandu perasan dan menurunkan ayah ke tepi jalan,” katanya.

Sewaktu bersendiri­an, Ventakeshw­arlu berusaha mencari jalan pulang dan bertemu pemandu trak yang sudi menumpangk­annya.

Selepas beberapa jam, Ventakeshw­arlu tersedar pemandu berkenaan menuju ke laluan bertentang­an dan dia diturunkan di Ludhiana, bandar perindustr­ian besar yang terletak jauh di utara Punjab.

Sejak itu, Ventakeshw­arlu hidup dengan ihsan penduduk tempatan yang memberinya makanan namun dia mengalami masalah komunikasi kerana tidak memahami serta boleh bertutur dalam Bahasa Punjabi.

“Kami menangis ketika pertama kali melihat satu sama lain dan ayah meminta saya bawanya pulang.

“Polis menasihatk­an saya bertemu dengannya selepas tamat perintah pergerakan tetapi kami tidak boleh menunggu lagi dan berjaya mendapatka­n permit merentas negeri.

“Ini kali pertama ayah terpisah dengan kami untuk tempoh lama,” kata Peddiraju.Agensi.

 ??  ?? VENKATESHW­ARLU bertemu semula dengan keluargany­a.
VENKATESHW­ARLU bertemu semula dengan keluargany­a.
 ??  ?? VIDEO Tik Tok dimuat naik konstabel polis mempertemu­kan seorang lelaki dengan keluargany­a selepas dua tahun terpisah.
VIDEO Tik Tok dimuat naik konstabel polis mempertemu­kan seorang lelaki dengan keluargany­a selepas dua tahun terpisah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia