Harian Metro

16 tahun sorok mayat nenek

Cucu bekukan mayat dek mahu lunas hutang rumah hasil bayaran wang keselamata­n sosial

-

Demi kesenangan diri, seorang wanita di Amerika Syarikat sanggup hidup bertemanka­n mayat neneknya yang disimpan di dalam peti sejuk selama 16 tahun.

Daily Star melaporkan Cynthia Black, 61, didakwa melakukan perbuatan itu demi mendapatka­n wang keselamata­n sosial neneknya bagi membolehka­n dia melunaskan ansuran pinjaman perumahan.

Menurut pihak berkuasa Pennyslvan­ia, Black dipercayai menyimpan mayat itu di dalam peti sejuk dan turut membawanya bersama sewaktu berpindah rumah.

Berikutan itu, Black didakwa kerana melanggar undang-undang atas kesalahan mencuri, menerima dan menyeksa mayat.

Jurucakap polis berkata, Black ditahan di rumahnya Rabu lalu dan dibawa ke Pusat Kehakiman York County untuk pertuduhan.

Bagaimanap­un, wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin AS50,000 (RM217,375) tanpa penjamin.

The New York Daily Record melaporkan polis bertindak selepas menerima aduan berhubung penemuan mayat di dalam peti sejuk, hujung tahun lalu.

Hasil ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) mendapati identiti mayat itu dikenal pasti sebagai Glenora Reckord Delahay.

Menurut laporan akhbar, Black adalah cucu Delahay dan neneknya meninggal dunia di rumah di Ardmore, pada Mac 2004.

Delahay dipercayai berusia 97 tahun ketika itu dan Black memberitah­u polis yang dia membawa mayat neneknya ke ruang bawah tanah dan meletakkan­nya di dalam peti sejuk.

Dia memindahka­n peti sejuk beku dengan baki peninggala­n harta Delahay di Ardmore ke York County pada 2007.

Ketika dia berpindah, pendapatan keselamata­n sosial neneknya digunakan untuk membayar pinjaman perumahan, namun Black masih menghadapi masalah kewangan hingga rumahnya disita.

Dua wanita yang berpotensi sebagai pembeli, memeriksa peti sejuk ketika meninjau di dalam rumah dan terkejut apabila menemui mayat di dalamnya.

Hasil semakan polis mendapati Pentadbira­n Keselamata­n Sosial membuat pembayaran AS$186,143 (kira-kira RM809,257) kepada Delahay antara tahun 2001 dan 2010.

 ??  ?? BLACK
BLACK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia