Harian Metro

STACY SERONOK DUDUK RUMAH

Bahagia dapat urus keluarga sepenuh masa malah hubungan makin erat sejak ‘berkurung’ kini

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Tiada apa yang lebih membahagia­kan seorang wanita selain dapat menguruska­n keluargany­a dengan baik. Itulah dirasakan penyanyi Stacy Anam,

30.

Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, pemuzik dan komposer, Akim Ahmad pada 2016, ibu dua anak ini berkata, masanya sekarang memang banyak dengan keluarga.

“Sejak penularan wabak Covid-19 dan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula, saya memang di rumah sepenuh masa bersama suami serta anak-anak.

“Terasa seronok juga bila sepenuh masa bersama keluarga terutama melihat dan melayan karenah mereka. Bella, 8, dan Eshaal, 3, kedua-duanya paling gembira.

"Maklumlah, membina kerjaya dalam industri seni ini waktu kerjanya selalu tak menentu. Ditambah, saya dan Akim pula masing- masing sentiasa sibuk,” katanya.

Menurut Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam, sejak ‘berkurung’ di rumah sangat mengeratka­n hubungan kasih sayang kami sekeluarga.

“Setiap hari, ada saja aktiviti menghiburk­an. Malah, saya dan suami lebih banyak masa untuk berbincang mengenai perancanga­n masa depan.

“Apatah lagi, kami masih aktif dalam kerjaya seni dan ada syarikat pengurusan bakat.

Maka, perancanga­n baharu harus difikirkan berikutan tak tahu bila pandemik ini akan reda,” katanya.

Ujar Stacy, apa yang pasti dia juga semakin menggilap bakat dalam penulisan lirik lagu. Katanya Akim banyak membantu dan sangat memberi sokongan.

“Sekarang, saya memang semakin berminat menulis lirik lagu. Apatah lagi, ada beberapa karya dihasilkan secara bersama dengan Akim.

“Malah, yang pasti lagi hubungan kami bertambah erat. Masa bersama untuk berbincang dah banyak termasuk kami berpeluang bertukar pendapat dalam pelbagai perkara menjurus keluarga dan kerjaya,” katanya.

Meraikan Aidilfitri secara sederhana, Stacy berkata fokus utama lebih kepada anak-anak terutama, Bella yang berjaya puasa penuh tahun ini.

Katanya dia tidak menggunaka­n pendekatan ‘paksa puasa’, tetapi Bella sendiri tekad berpuasa penuh dengan rela hati. Sebagai ibu, hanya mampu mengucap syukur.

Menurut Stacy, dia dan Akim lebih gemar memberi sokongan. Malah, mereka sepakat melayan apa saja kehendak Bella seperti memasak makanan kegemarann­ya setiap hari.

 ??  ?? STACY sekarang semakin berminat menulis lirik lagu.
STACY sekarang semakin berminat menulis lirik lagu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia