Harian Metro

CABARAN KULIAH DI RUMAH

Pelajar galas tanggungja­wab besar dalam normal baharu proses pembelajar­an secara dalam talian

- Oleh Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan Rabu lalu menyatakan aktiviti pengajaran dan pembelajar­an (PdP) di semua kampus institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanak­an secara dalam talian sehingga 31 Disember ini.

Persoalann­ya, sejauh manakah penuntut yang memilih kembali ke rumah selepas dibenarkan pulang sebulan lalu bersedia menghadapi cabaran baharu untuk belajar di rumah?

Mengulas lanjut, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr Afandi Ahmad, berkata beberapa perhatian perlu diberi pertimbang­an oleh mahasiswa supaya proses pembelajar­an berjalan dengan baik.

Katanya, apabila memilih pulang ke rumah, penuntut harus bersedia dari pelbagai sudut sesi pembelajar­an serta berusaha supaya mempunyai ruang rasmi sebagai tempat belajar.>

“Ini bagi memastikan tumpuan ketika proses pembelajar­an dan pengajaran (PdP) secara dalam talian sama ada secara segerak atau tidak segerak dapat berlangsun­g dengan fokus yang tinggi tanpa sebarang gangguan.

“PdP secara dalam talian semestinya bergantung kepada capaian dan akses

Internet selain kesediaan perkakasan. Orientasi utamanya adalah berasaskan video dan capaian masa nyata, penggunaan data yang maksimum adalah diperlukan, lebih-lebih lagi apabila sesi PdP dilaksanak­an sepenuhnya menerusi kaedah PdP dalam talian segerak dengan pelbagai platform misalnya Zoom dan Google Meet.

“Jika sekali pun PdP menggunaka­n kaedah tidak segerak, untuk menonton atau memuat turun video kuliah juga memerlukan kapasiti data selesa. Di sinilah cabaran besar bagi penuntut yang lokasi rumahnya memang di luar kawasan liputan,” katanya ketika dihubungi.

Apabila berada di rumah, pelbagai kerja juga harus dilaksanak­an penuntut seperti membantu memasak, membersihk­an rumah dan menjaga adikadik.

Kata Dr Afandi, ini antara cabaran tidak mudah yang harus dihadapi penuntut untuk menyusun masa sebaiknya bersesuaia­n dengan jadual perkuliaha­n.

“Bergelar penuntut tidak lari dengan projek berkumpula­n, sesi diskusi bersama rakan secara dalam talian juga perlu diadakan terutama apabila hampir dengan ujian dan peperiksaa­n kerana fokus perlu digandakan dengan seboleh mungkin tanpa sebarang gangguan.

“Justeru, ahli keluarga

Ahli keluarga harus memahami kerana penuntut bukan sedang bercuti semester tetapi sedang melalui kebiasaan baharu iaitu belajar dan dinilai di rumah. Kerjasama ahli keluarga akan menentukan keberkesan­an dan kejayaan PdP dengan kebiasaan baharu ini

DR AFANDI

harus memahami kerana penuntut bukan sedang bercuti semester tetapi sedang melalui kebiasaan baharu iaitu belajar dan dinilai di rumah. Kerjasama ahli keluarga akan menentukan keberkesan­an dan kejayaan PdP dengan kebiasaan baharu ini,” katanya.

Katanya, apabila di rumah, tiada lagi ruang bertemu pensyarah secara bersemuka, begitu juga perbincang­an kumpulan bersama rakan-rakan kerana semuanya terpisah di sebalik skrin telefon dan komputer.

“Bagi mendepani kebiasaan baharu pembelajar­an berteknolo­gi di rumah ini, penuntut mesti menginjakk­an transforma­si minda dan kelakuan iaitu meyakini bahawa pembelajar­an kini adalah pembelajar­an berpusatka­n penuntut.

“Maksudnya, pemberat pembelajar­an adalah didasari oleh tindakan penuntut menerusi prinsip heutagogy dan cybergogy.

“Penuntut perlu menyesuaik­an gaya pembelajar­an yang ditentukan sendiri (heutagogy) dan pergantung­an adalah kepada dunia maya (cybergogy).

“Sebenarnya, cybergogy bukanlah perkara asing sebelum berlakunya penularan Covid-19 kerana ramai yang sudah pun belajar sebelum ini menerusi video yang ada di YouTube.

Misalnya, belajar memperbaik­i peralatan elektrik, belajar perisian baharu dan tidak lupa juga belajar memasak. Bezanya, sebelum ini disifatkan sebagai pembelajar­an tidak formal berbanding kini,” katanya.

Jelas beliau lagi, peranan Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) IPT juga amat penting dalam situasi sekarang dalam mengambil kisah kekangan dihadapi penuntut terutama berkaitan capaian Internet atau kesulitan pembelajar­an dan kebajikan bagi mengelakka­n tiada seorang pun yang tercicir.

Sementara itu katanya, rata-rata yang memilih untuk kekal di kampus kerana mengambil kira faktor keselamata­n dan tahap capaian Internet di rumah juga harus mengurus emosi dengan baik supaya penuntut tidak dibebani dengan rasa sunyi dan keseoranga­n.

 ??  ?? KEBANYAKAN penuntut memilih untuk belajar di ruang meja makan.
PENUNTUT yang kekal di kampus perlu mengurus emosi dengan baik supaya
tidak sunyi dan bosan.
KEBANYAKAN penuntut memilih untuk belajar di ruang meja makan. PENUNTUT yang kekal di kampus perlu mengurus emosi dengan baik supaya tidak sunyi dan bosan.
 ??  ?? MENUNGGU di dalam dewan
sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing.
MENUNGGU di dalam dewan sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing.
 ??  ?? PENJARAKAN sosial di dalam bas diamalkan.
PENJARAKAN sosial di dalam bas diamalkan.
 ??  ?? KEBENARAN pulang ke kampung memberikan peluang kepada penuntut untuk menyambut
lebaran bersama keluarga.
KEBENARAN pulang ke kampung memberikan peluang kepada penuntut untuk menyambut lebaran bersama keluarga.
 ??  ?? SUHU badan penuntut diperiksa pegawai bertugas ketika tiba di lapangan
terbang.
SUHU badan penuntut diperiksa pegawai bertugas ketika tiba di lapangan terbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia