Harian Metro

Kelas PdP dalam talian berseragam sekolah

-

Kaedah pengajaran dan pembelajar­an (PdP) secara dalam talian kini menjadi alternatif berikutan penutupan sekolah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa.

Bagi menghilang­kan rasa rindu kepada suasana persekolah­an, seramai 80 pelajar dari seluruh negara mengikuti kelas PdP dalam talian dengan memakai uniform sekolah untuk sesi kelas Matematik yang dianjurkan seorang tutor di Skudai, Johor

Menurut tutor itu, Muhammad Farhan Azhari, memilih tema 'back to school' bagi sesi PdP dalam talian sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.

“Rata-rata pelajar gembira kerana sudah lama tidak mengenakan uniform sekolah dan sedikit sebanyak mengubat kerinduan mereka.

“Mereka memberikan kerjasama yang baik apabila memakai uniform lengkap ketika PdP yang mana ada antara mereka siap dengan bertali leher,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pelajar akan dimaklumka­n terlebih awal berkenaan tema sesi PdP dalam satu kumpulan Telegram ditubuhkan sejak fasa satu PKP yang disertai seramai 2,000 ahli selain dimuat naik di Facebook.

Katanya, PdP itu mengupas subjek Matematik bagi topik algebra dan dijalankan pada Jumaat secara percuma kepada pelajar di seluruh negara dengan menggunaka­n aplikasi Google Zoom.

“Sesuai dengan jiwa pendidik, walaupun saya bukan seorang guru, namun dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dalam menyampaik­an ilmu kepada pelajar.

“Kelas dalam talian ini sudah dilaksanak­an sejak PKP dikuatkuas­akan. Alhamdulil­lah semakin mendapat sambutan daripada pelajar dan sentiasa memperliha­tkan pertambaha­n pelajar yang mengikuti kelas saya,” katanya.

Katanya, pelbagai tema akan dilaksanak­an selepas ini berikutan sambutan yang diberikan pelajar selain untuk menghasilk­an PdP yang kreatif dan berkesan.

 ??  ?? MUHAMMAD FARHAN menunjukka­n sesi PdP dengan pelajar.
MUHAMMAD FARHAN menunjukka­n sesi PdP dengan pelajar.
 ??  ?? SALAH seorang pelajar yang mengikuti PdP dengan Muhammad Farhan memakai uniform sekolah.
SALAH seorang pelajar yang mengikuti PdP dengan Muhammad Farhan memakai uniform sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia