Harian Metro

JUALAN KILAT 72 JAM

Pusat beli-belah terkenal wujud kedai dalam talian mudahkan pelanggan dapat keperluan kala PKPB

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini mendorong orang ramai terus melakukan penjarakan sosial dan memilih untuk membeli barangan keperluan dari rumah berbanding keluar untuk mendapatka­nnya.

Menyedari akan keperluan itu, pusat belibelah terkenal, Sunway Pyramid mewujudkan kedai dalam talian bagi membolehka­n pelanggan mendapatka­n barangan pilihan mereka yang merangkumi pelbagai kategori seperti kecantikan, fesyen, perhiasan rumah, penjagaan kesihatan, kasut, makanan dan minuman serta gaya hidup digital.

Selain itu, pusat belibelah berkenaan juga akan mengadakan jualan kilat selama 72 jam di laman sesawangny­a bermula 29 Mei hingga 1 Jun (hari ini).

Pelanggan boleh membeli barangan daripada peruncit yang mengambil bahagian selain mendapatka­n diskaun sehingga 50 peratus untuk produk terpilih.

Peruncit terpilih juga akan mengadakan sesi video secara langsung di halaman Facebook pusat beli-belah itu untuk mempromosi­kan produk mereka dan berinterak­si bersama pelanggan.

Pelbagai kandungan menarik akan disiarkan termasuk demonstras­i penjagaan tumbuhtumb­uhan dan sesi penyediaan hidangan sihat yang orang ramai boleh cuba sendiri di rumah.

Selain itu, pelanggan yang berbelanja melebihi RM200 di kedai dalam talian itu turut layak untuk menebus baucar tunai eksklusif dan juga penyedut minuman besi.

Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, Kevin

Tan berkata, langkah mewujudkan platform dalam talian itu adalah usaha terbaharu ke arah transforma­si digital bagi memudahkan urusan pengguna selain membantu menyokong perniagaan peruncitny­a.

“Tempoh dua bulan yang lepas adalah satu tempoh yang mencabar bagi kita semua dan kami mahu memberi peluang kepada peruncit untuk mencapai pelanggan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja.

“Bukan semua peruncit berupaya memasarkan produk mereka secara dalam talian jadi kami berharap ikhtiar ini dapat membantu menguatkan perniagaan mereka dan seterusnya memastikan kelangsung­an perniagaan pasca PKP ini,” katanya.

Dalam pada itu, pusat beli-belah berkenaan turut menetapkan 82 langkah untuk memastikan keselamata­n pelanggan dan peruncit termasuk saringan dan pemeriksaa­n keselamata­n yang lebih ketat, meningkatk­an penjarakan sosial, latihan dan pendidikan holistik untuk semua kakitangan serta usaha penjagaan kebersihan yang lebih teliti.

Sementara itu, pelanggan yang ingin meminimumk­an sentuhan fizikal boleh memanfaatk­an sistem ‘Pesan & Ambil’ iaitu hanya perlu menghubung­i kedai kegemaran untuk membuat pesanan, tetapkan lokasi pengambila­n dan mengambil barangan tanpa perlu memasuki pusat belibelah.

Bagi memeriahka­n lagi keceriaan sambutan musim perayaan ini, pusat belibelah terbabit turut dihiasi dengan elemen kampung yang cukup nostalgik.

 ??  ?? DEKORASI elemen kampung menarik untuk memeriahka­n lagi sambutan Aidilfitri.
DEKORASI elemen kampung menarik untuk memeriahka­n lagi sambutan Aidilfitri.
 ??  ?? SISTEM pesan dan ambil diperkenal­kan bagi meminimumk­an sentuhan.
SISTEM pesan dan ambil diperkenal­kan bagi meminimumk­an sentuhan.
 ??  ?? PELANGGAN yang memerlukan turut diberikan pelitup muka.
PELANGGAN yang memerlukan turut diberikan pelitup muka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia