Harian Metro

Semburan pewangi kedutkan fabrik sutera

-

Sesuai dengan harganya, pakaian yang diperbuat daripada fabrik sutera sememangny­a memerlukan penjagaan rapi dan teliti.

Sutera perlu dijaga dengan baik kerana ia antara sejenis fabrik halus yang sensitif dan mudah luntur jika tidak dijaga dengan rapi.

Apapun, untuk mencucinya, paling disarankan adalah menggunaka­n kaedah cucian kering namun jika mahu mencucinya sendiri di rumah, berikut beberapa petua yang boleh dijadikan panduan.

1) Ketika membasuh sutera berhati-hati dalam menentukan pH air, jenis sabun dan suhu air.

2) Elakkan merendam sutera terutama jenis batik terlalu lama di dalam air kerana ia boleh menyebabka­n warnanya cepat luntur. Tempoh masa yang terbaik adalah antara 15 hingga 30 minit di dalam air suam (30 hingga 50 darjah Celsius).

3) Elakkan penggunaan serbuk pencuci biasa (seperti yang terdapat di pasaran) kerana ia boleh menyebabka­n warna menjadi pudar dan luntur. Sebagai alternatif, gunakan syampu bayi (tiga sudu syampu, satu baldi air).

4). Jika anda mengamalka­n basuhan tangan, elakkan penggunaan berus. Berus akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut 5). Kotoran degil akan mengecewak­an pemiliknya namun biar sedegil mana pun kotoran pakaian sutera kesayangan, elakkan daripada mengguna peluntur.

Ini kerana agen peluntur boleh mereputkan sutera.

6). Selepas membasuh, bilas sutera sama ada menggunaka­n air yang sedikit berasid mahupun sedikit beralkali.

Tahap pH yang terbaik adalah sekitar 6 hingga 8 pH. pH air yang betul dapat memastikan sutera anda menjadi lembut dan bersinar.

7). Cuka dan limau adalah contoh sumber asid.

Garam pula bersifat alkali. Ketiga-tiga bahan ini boleh digunakan untuk mengubah pH air bilasan. Nisbah yang baik adalah satu sudu : satu baldi air.

8). Sekarang terdapat alternatif yang lebih mudah untuk pengguna iaitu pelembut kain. Ia dapat membantu menjadikan sutera anda lebih lembut, bersinar dan menambah seri pada warnanya.

9) Elakkan daripada memerah pakaian sutera anda kerana ia akan terpintal dan merosakkan aluran urat benang.

Jika perlu dikeringka­n dengan cepat, masukkan ia di antara dua kain tuala, kemudian ditekan atau diramas.

10) Elakkan menjemur pakaian sutera anda di bawah terik matahari.

11) Kelicinan ‘menseterik­a’ fabrik sutera bergantung kepada kandungan kelembapan ketika pakaian itu digosok.

Ketika menggosok, panaskan seterika terlebih dahulu mengikut suhu yang dikhaskan untuk kain sutera.

12) Fabrik yang siap diseterika perlu disimpan tergantung dengan penyangkut pakaian.

Jika boleh, selubungka­n ia dengan pembalut pakaian. Ia dapat menahan serangan serangga yang gemar hinggap pada benang sutera.

13) Minyak wangi mesti dielakkan daripada terkena secara terus dengan pakaian sutera.

Seeloknya, sembur terlebih dahulu pewangi pada telapak tangan dan sesudah kering barulah disapukan pada pakaian.

Semburan pewangi terus ke atas fabrik sutera akan menjadikan ia berkedut dan tidak mungkin dapat diperbaiki kembali ke keadaan asalnya.

 ??  ?? JIKA mengamalka­n basuhan tangan, elakkan penggunaan berus kerana ia akan merosakkan urat benang sutera.
JANGAN jemur pakaian sutera
secara terus di bawah sinaran
matahari.
ELAKKAN dari memerah, jika perlu dikeringka­n dengan cepat, masukkan ia di dalam kain tuala, kemudian ditekan atau diramas.
JIKA mengamalka­n basuhan tangan, elakkan penggunaan berus kerana ia akan merosakkan urat benang sutera. JANGAN jemur pakaian sutera secara terus di bawah sinaran matahari. ELAKKAN dari memerah, jika perlu dikeringka­n dengan cepat, masukkan ia di dalam kain tuala, kemudian ditekan atau diramas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia