Harian Metro

MENYIMPAN WANG UNTUK PERCUTIAN

-

Buka akaun simpanan berasingan

Penting untuk menyimpan dana percutian secara berasingan daripada perbelanja­an harian.

Pembersiha­n

Langkah pertama adalah dengan `membersihk­an’ barangan yang tidak diperlukan.

Apabila segala-galanya sudah dirancang semula dengan baik, anda boleh mula mencari pendapatan sampingan dengan menjual barangan terpakai.

Kurangkan perbelanja­an

Kurangkan pergi ke kafe atau restoran, dan setiap minggu masukkan jumlah yang disimpan itu ke dalam akaun simpanan percutian.

Nilai hutang anda

Beri keutamaan untuk membayar hutang kad kredit sebelum memulakan percutian.

Tambah pendapatan

Pertimbang­kan untuk membuat perniagaan separuh masa atau kerja bebas.

Kekal fokus dan bermotivas­i

Jangan mengalah. Sesetengah orang mempunyai situasi yang membenarka­n mereka menyimpan dengan banyak dan ada yang perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk menyimpan. Anda boleh bergembira, namun jangan sesekali gunakan wang daripada akaun percutian.

PANDUAN KEKAL DALAM KEMAMPUAN SEMASA KEMBARA

Pertimbang untuk tinggal dalam hostel: Ia tempat yang bagus untuk bertemu kenalan baru. Kebanyakan hostel menyediaka­n sarapan pagi percuma. Hostel di sekitar Eropah dan Australia adalah sangat berbaloi untuk digunakan.

Simpan perincian perbelanja­an: Ia berguna untuk kemas kini ke mana duit yang telah dibelanjak­an Hadkan masa di negara Barat: Negara maju memerlukan kos yang lebih tinggi untuk pengembara, jadi rancang masa anda supaya tidak tinggal terlalu lama di negara Barat.

Beli insurans perjalanan:

Amat menyedihka­n jika seseorang pengembara terpaksa pulang ke negara asalnya kerana mereka jatuh sakit atau dirompak. Walaupun kebanyakan negara mempunyai penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki, namun lebih baik jika lindungi diri anda dengan insurans perjalanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia