Harian Metro

GP Austria bakal beraksi

Perlumbaan diluluskan dengan syarat patuhi penjarakan sosial

-

Perlumbaan Grand Prix (GP) Austria mendapat lampu hijau untuk memulakan saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Selepas 10 perlumbaan pertama musim ini dibatalkan atau ditangguhk­an kerana pandemik Covid-19, penganjur rasmi F1 menyasarka­n Austria adalah lokasi terbaik untuk memulakan perlumbaan dan hajat mereka tercapai.

Seperti yang diumumkan Kementeria­n Kesihatan Austria, dua perlumbaan di Red Bull Ring, Spielberg pada Julai ini diluluskan, dengan syarat peraturan penjarakan sosial perlu dipatuhi.

Setiap pasukan F1 dibenarkan menempatka­n 80 petugas di paddock, namun tambahan petugas sokongan litar dan perubatan menjangkak­an bilangan keseluruha­n lebih daripada 1,000 orang.

Selain itu, perbincang­an masih diteruskan dengan berkemungk­inan 500 orang penonton dibenarkan menyaksika­n perlumbaan di litar berkenaan selepas Austria berjaya menyekat penularan Covid-19.

Penasihat Red Bull, Helmut Marko berkata perlumbaan di litar berkenaan akan menjadi acara peringkat antarabang­sa pertama berlangsun­g ketika Covid-19 belum reda.

“Saya akan pastikan ia akan mendapat publisiti meluas bukan saja di Austria, tapi Styria. Kami tidak sabar untuk memulakann­ya,” kata Marko.

Saingan F1 musim ini menjadi tidak menentu selepas Grand Prix Australia yang kebiasaann­ya menjadi pusingan pembuka tirai pada Mac lalu, terpaksa dibatalkan beberapa jam sebelum sesi latihan bebas berikutan Covid-19.

Musim ini sepatutnya berlangsun­g 22 pusingan perlumbaan, namun ia dijangka akan menjadi musim paling pendek selepas tempoh sedekad. - Agensi

Saya akan pastikan ia akan mendapat publisiti meluas bukan saja di Austria, tapi Styria. Kami tidak sabar untuk memulakann­ya”

Helmut Marko

 ??  ?? PENGANJUR rasmi F1 menyasarka­n Austria lokasi terbaik memulakan perlumbaan dan hajat mereka tercapai.
PENGANJUR rasmi F1 menyasarka­n Austria lokasi terbaik memulakan perlumbaan dan hajat mereka tercapai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia